
Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah
Dah lama tak masak resepi ikan, jadi kali ni Che Nom nak masak Asam Pedas Melaka menggunakan Ikan Merah. Resepi asal Che Nom rujuk dari channel YouTube Dapur Mok Teh. Mengikut kata pemilik channel, ini resepi asli asam Pedas Melaka. Che Nom pulak kebetulan suka makan asam pedas.
Cara Mok Teh, asam pedas ini ditumis dengan bahan hiris (bawang) dan halba, biar naik wangi. Kemudian tumis pula dengan bahan-bahan kisar halus iaitu bawang, kunyit, halia, dan juga tambahan rempah ratus. Itu yang buatkan asam pedas ni sedap sangat bagi Che Nom.
Nak masak pun kena sabar, kena tumis betul-betul. Kuah yang pekat, merah tu jadi tambah selera nak makan. Kalau guna ikan fresh memang terbaik. Nak ganti ikan lain macam ikan kembung pun boleh.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 cawan jus asam jawa
- 1 biji bawang besar
- 10 -15 biji bawang merah
- Iklan
- 5 ulas bawang putih
- 3 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 biji tomato
- Bendi
- 5-6 helai daun limau purut
- 30 biji cili kering
- 1 ekor/ 900g ikan merah
- 1 sb biji ketumbar
- 1/2 sb jintan manis
- 1/2 sb biji halba
- 1 inci / 1/2 sb belacan bakar
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (pilihan)
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 sb jintan putih
- 1/2 sb biji lada hitam
- 2-3 cawan air (untuk kuah)
Cara Menyediakan
Cara Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang besar dan bawang putih (untuk tumisan).
- 2Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, kunyit hidup dan halia (untuk kisar).
- 3Tomato belah 4, bendi trim bahagian kepala dan ekor dan daun limau nipis buang tangkai dan koyak daun.
- 4Cili kering, gunting, rebus sampai mendidih, bilas dan keluarkan biji.
- Iklan
- 5Panaskan minyak, tumis biji halba sampai naik aroma. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sampai bawang lembut.
- 6Masukkan bahan kisar halus dan masak atas api sederhana sampai pecah minyak.
- 7Tambah daun limau purut, air, garam dan sambung tumis sampai garing.
- 8Masukkan air asam jawa, air, ikan dan masak sampai mendidih.
- 9Tambah garam, serbuk seasoning, tomato dan bendi.
- 10Masukkan dalam blender cili kering rebus, belacan bakar, bahan potong kasar, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam dan air. Kisar sampai halus.
- •Che Nom cincang dulu bawang supaya senang nak kisar halus dalam blender.
- •Basuh ikan merah dengan asam jawa untuk hilang bau hanyir.
- •Che Nom campur cili tak pedas dalam 10 tangkai dan pedas dalam 15 tangkai. Dah campur tak pedas sangat, anak pun boleh makan.
- •Che Nom biasa letak bendi last sekali sebelum tutup api supaya bendi tak lembut sangat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





