ResepiCheNom
Sambal TERBAIK Untuk Nasi Lemak

Sambal TERBAIK Untuk Nasi Lemak

Hi Semua, di atas permintaan ramai, Che Nom nak kongsikan resepi hidangan yang boleh kitakatakan sebagai hidangan rasmi rakyat Malaysia iaitu Nasik Lemak,

bersama juga cara penyediaanSambal Tumisnya yang sedap, pekat dan pedas secukup rasa serta sangat harum baunya.

Gerentiboleh buat meniaga.

Kongsi:
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
5 Julai 2020150.2K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Nasi

  • 2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit minyak
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 1/2 sudu kecil halba, optional
  • sedikit garam

Bahan Untuk Sambal Tumis

  • 7-8 biji bawang merah, kisar halus
  • 5 ulas bawang putih, kisar halus
  • 2 inci halia, kisar halus
  • 1 genggam ikan bilis, kisar halus
  • 2 biji bawang besar, kisar halus
  • sedikit minyak
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 helai daun pandan
  • 3-4 senduk cili kisar
  • sedikit air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ikan bilis
  • gula melaka secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang holland
  • 1 mangkuk bilis goreng

Bahan Tambahan

  • kacang tanah
  • ikan bilis
  • telur rebus

Cara Menyediakan

Untuk Nasi Lemak

  1. 1
    Hiris nipis bawang merah dan halia.
  2. 2
    Titik atau ketuk batang serai.
  3. 3
    Carikkan daun pandan dan simpul.
  4. 4
    Panaskan sedikit minyak.
  5. 5
    Tumiskan bawang merah dan kacau sekejap.
  6. 6
    Masukkan halia, daun serai dan daun pandan kemudian kacau sehingga naik bau.
  7. 7
    Masukkan bahan rempah tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang).
  8. 8
    Masukkan beras yang telah dibasuh dan toskan.
  9. 9
    Masukkan santan dengan nisbah 1:1 1/2 cawan beras dan cawan santan (kalau guna santan kotak boleh campur dengan air untuk cukupkan nisbah santan dan beras)
  10. 10
    Masukkan halba (optional).
  11. 11
    Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  12. 12
    Tutup rice cooker dan masak nasi.

Untuk Sambal

  1. 1
    Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.
  2. 2
    Masukkan kedalam blander bahan hiris kasar tadi, ikan bilis dan air.
  3. 3
    Kisar sehingga betul-betul halus.
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng kacang tanah di atas api perlahan sehingga masak kemudian angkat.
  5. 5
    Goreng pula ikan bilis kemudian angkat.
  6. 6
    Tumis bawang besar sehingga lembut.
  7. 7
    Masukkan pula bahan kisar halus.
  8. 8
    Teruskan kacau sehingga kering dan kekuningan.
  9. 9
    Masukkan daun pandan yang telah dicarik dan disimpul.
  10. 10
    Masukkan cili kisar.
  11. 11
    Kacau ssehingga sambal tumis bertukar warna merah gelap dan pecah minyak.
  12. 12
    Bila sambal dah kering, tambah sedikit air dan masak lagi sehingga kering.
  13. 13
    Ulang proses minimum sebanyak tiga kali.
  14. 14
    Masukkan sos tiram, kiub ikan bilis, air asam jawa, gula melaka sedikit demi sedikit.
  15. 15
    Masukkan sedikit air supaya gula senang cair.
  16. 16
    Masukkan ikan bilis goreng dan hirisan bawang holland dan kacau sekejap sampai bawang layu.
  17. 17
    Masukkan garam secukup rasa.
  18. 18
    Hiris timun sebagai pelengkap hidangan.
  19. 19
    Hidangkan nasi lemak bersama kacang tanah, ikan bilis goreng, hirisan timun dan telur rebus.
Petua & Panduan
  • Untuk tahu cili kisar dah cukup, Che Nom akan celup jari dan rasa sikit, kalau rasa betul-betul pedas, cili kisar dah cukup, kalau belum, tambah lagi sesenduk atau dua.
  • Untuk sambal yang sedap, minyak kenalah banyak sebab kita nak cili betul-betul masak.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru