
Sambal Bilis Rangup
Hi Semua, memandangkan tak lama lagi kita nak sambut bulan Ramadhan dan semua umat Islam akan menunaikan ibadat puasa, Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat untuk kita buat persiapan pada waktu sahur atau berbuka puasa. Kos pun murah saja, dan cara masak pun mudah sangat.
Ada 2 resepi dalam video ni, pertama sambal bilis rangup sesuai di makan dengan nasi atau dengan roti pun boleh. Kalau untuk sambal bilis hijau tu boleh makan terus dgn nasi panas atau pun sesuai kalau nak masak nasi goreng express, rasa pun sedap.
Kedua-dua jenis sambal ni memang tahan lama kalau disimpan dan ikan bilis tu kekal rangupnya walaupun disimpan lama.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Sambal Bilis Rangup/Garing
- 4-5 biji bawang merah kecil
- 20-25 tangkai cili kering
- 500g ikan bilis
- 1-2 sudu besar gula
- ½-1 sudu kecil serbuk lada sulah
- Sedikit garam
Cara Menyediakan
Untuk Sambal Bilis Rangup
- 1Gaul hirisan bawang merah dengan sedikit garam dan goreng sehingga perang dan garing.
- 2Goreng cili kering sehingga kelihatan keras dan gelap.
- 3Goreng ikan bilis sehingga keperangan dan garing.
- 4Kisar kasar cili kering, sedikit ikan bilis yang telah digoreng, gula, serbuk lada sulah, sedikit garam dan serbuk perasa (pilihan).
- 5Tambah sedikit gula
- 6Campur serta gaul sekata bahan kisar kasar dan bawang goreng dengan ikan bilis goreng.
- 7Kemudian, ikan bilis rangup siap untuk dihidang.
- •Sebelum mula menggoreng cili kering, tutup api bagi menggelakkan minyak meletup dan lebih terkawal semasa memasukkan cili kering. Kemudian, buka api semula jika sudah memasukkan semua cili kering dan kurang bunyi letupan minyak.
- •Pastikan minyak gorengan bagi ikan bilis sebelum dimasukkan betul-betul panas dan perlahankan api selepas ikan bilis sudah dimasukkan supaya ikan bilis menjadi lebih garing,
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





