
Sambal Garing Bilis Tempe
Siapa suka simpan stok sambal ikan bilis garing kat rumah? Dan siapa yang rajin nak buat stok simpanan sendiri kat rumah? jom cuba resepi ni. Sambal bilis garing kali ni memang sangat tahan lama dan maintain rangup kalau disimpan. Bukan saja bilis, tapi kita tambah dengan tempe dan bawang goreng juga.
Proses mula-mula sekali Che Nom akan goreng semua bahan-bahan sampai rangup dan kemudian kita goreng dan kisar cili kering dengan bahan-bahan lain sebagai penyedap rasa, dan masak semula dengan minyak untuk lebih tahan lama, memang tak masuk air langsung. Lepas tu gaul lah kesemua bahan, sejukkan dan simpan buat stok. Rangup, pedas, dan sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan A
- 300g ikan bilis (**boleh kurangkan ikan bilis kepada 200g untuk salutan lebih pedas)
- 1 keping tempe
- 6 biji bawang merah kecil
- 1 sudu kecil garam
- 1-2 sudu besar tepung beras
- 2 mangkuk minyak masak
Bahan B
- 1 senduk minyak masak
- 25-30 tangkai cili kering
- 2 sudu besar gula
- 1 kiub pati ikan bilis
- ATAU boleh ganti perasa
- Sedikit garam (jika suka)
Cara Menyediakan
Untuk Bawang Goreng
- 1Gaulkan sedikit garam dengan hirisan nipis bawang merah kecil.
- 2Perap dalam anggaran lebih kurang ½ jam.
- 3Selepas perap, perah dan toskan jus bawang.
- 4Gaul bawang merah kecil dengan tepung beras sehingga bersalut sekata.
- 5Goreng hirisan bawang dengan api yang sederhana dan kerapkan kacau sehingga keperangan.
Untuk Sambal Garing Bilis Tempe
- 1Panaskan minyak dan goreng hirisan tempe dengan api yang sederhana. Kerapkan kacau tempe sehingga garing.
- 2Goreng pula ikan bilis sehingga keperangan.
- 3Masukkan sedikit cuka atau jus limau nipis kedalam ikan bilis yang sedang digoreng sebelum diangkat dan ditos minyak.
- 4Goreng cili kering sehingga keras dan kelihatan rangup.
- 5Kisar halus cili kering goreng dengan gula dan kiub pati ikan bilis atau serbuk perasa.
- 6Panaskan minyak, goreng bahan kisar dan masukkan gula. Goreng sekejap lalu tutup api.
- 7Masukkan ikan bilis, tempe dan bawang goreng. Gaul kesemuanya sehingga sekata.
- 8Tambah sedikit garam jika perlu.
- 9Kemudian, sambal garing bilis tempe siap untuk dihidang bersama nasi putih panas, roti serta bubur ataupun siap untuk disimpan dalam balang kedap udara.
- •Untuk memastikan ikan bilis sudah garing dan sedia untuk diangkat adalah apabila buih minyak dan bunyi gorengan makin berkurang.
- •Untuk dapatkan ikan bilis goreng yang garing, basuh ikan bilis dan toskan air sehingga ikan bilis betul-betul kering sebelum digoreng ataupun jemurkan ikan bilis dibawah terik matahari.
- •Selain itu, petua untuk ikan bilis tahan lama garingnya adalah dengan tambah sedikit cuka atau jus limau nipis ketika 3-4 minit sebelum angkat ikan bilis yang sedang digoreng.
- •Untuk dapatkan tempe goreng yang garing pula, hiris senipiskan tempe dan potong kecil sebelum digoreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






