
Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup
Resepi Sambal Tempe dan Ikan Bilis Rangup, cara nak sediakannya pun cepat dan mudah sebab kita tak perlu masak lama sangat macam sambal garing yang lain. Kira ini versi express lah.
Hidangan ni sedap dimakan macan tu saja dengan nasi panas, nak makan dengan roti pun boleh.Anak-anak memang sangat suka sebab kerangupannya dan sambal pun pedas-pedas manis rasanya.
Che Nom kongsikan banyak tips untuk dapatkan sambal tempe ikan bilis yang garing di bawah. Pemilihan jenis ikan bilis juga penting. Boleh rujuk bahagian tips ye.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 pek tempe
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- Iklan
- 3 sudu besar cili kisar atau cili boh
- 2 sudu besar sos cili
- 1/2 sudu besar sos tiram
- gula secukup rasa
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
- 2Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- 3Buang sedikit minyak. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk.
- 4Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Nak kisar pun boleh. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 5Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
- 6Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
- 7Gaulkan dengan tempe dan ikan bilis goreng tadi.
- •Kalau nak tempe garing, perlu hiris nipis-nipis.
- •Perlu selalu kacau tempe semasa goreng, api jangan besar sangat nanti tempe tak garing.
- •Pemilihan ikan bilis juga penting kalau nak lebih rangup. Che Nom suka gunakan ikan bilis putih, ataupun ikan bilis yang halus.
- •Sambal perlu masak pekat supaya kerangupan dapat bertahan lama.
- •Lebihkan gula sedikit supaya manis. Gula akan memekatkan sambal dan akan melekat dengan baik bila digaul nanti.
- •Minyak jangan terlalu sedikit kerana nanti tekstur sambal tak cantik dan sambal tak masak sempurna.
- •Simpan dalam bekas kedap udara kalau nak rangupnya tahan lama. Boleh juga disimpan dalam peti ais.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






