Sambal Ikan Bilis, Kacang dan Kentang Pedas Rangup
Che Nom nak share cara buat sambal ikan bilis, kacang dan kentang yang rangup dari YouTube Chef Eddy Siswanto dariIndonesia.
Memang betul-betul rangup, sedap, boleh disimpan lama dan juga buatjualan. Sedap sangat kalau makan dengan nasi panas atau roti.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Kasar
- 3-4 biji bawang merah kecil
- 4 ulas bawang putih
- 12 tangkai cili kering
Bahan Untuk Lain-Lain
- 2 cawan minyak masak
- 2 biji kentang
- 100g ikan bilis
- 200g kacang tanah
- 3-4 keping hirisan lengkuas
- 2 sudu besar gula putih
- 3 sudu besar gula nisan/gula melaka
- 1/3 cawan air asam jawa
- 1 sudu besar cuka makan
- 1/4 sudu kecil kiub ayam
- 1/4 sudu kecil garam
Cara Menyediakan
Untuk Untuk Goreng
- 1Kupas dan hiris nipis kentang. Gaul dengan sedikit garam. Biarkan seketika sampai kentang keluarkan air dan toskan.
- 2Bersihkan ikan bilis dan toskan.
- 3Panaskan minyak, goreng kentang sehingga garing. Perlu kerap kacau sehingga kentang perang dan rangup. Angkat dan ketepikan.
- 4Goreng ikan bilis sehingga rangup.
- 5Keluarkan sedikit minyak dan goreng kacang tanah sehingga sedikit keperangan. Angakat dan ketepikan.
Untuk Sambal
- 1Buang biji cili kering dan rebus. Kisar semua bahan-bahan untuk kisar kasar
- 2Menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan juga hirisan lengkuas.
- 3Bila sambal sudah pekat, masukkan gula putih, gula nisan atau gula melaka, air asam jawa, cuka makan dan kiub ayam.
- 4Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
- 5Tutup api dan gaulkan kacang tanah dan ikan bilis. Kerap kacau sehingga sambal betul-betul sebati dan sejuk. Last sekali masukkan kentang goreng. Gaul lagi dengan kerap sehingga semua bahan bersalut sekata.
Petua & Panduan
- •Bahan-bahan yang digoreng haruslah dikacau dengan kerap supaya masak sekata dan garing.
- •Sambal haruslah pekat dan kering. Kalau basah, nanti bahan-bahan goreng akan jadi lembik bila disimpan.
- •Kalau nak tunggu sambal sedikit suam sebelum kacau dengan bahan-bahan goreng pun boleh.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





