
Sambal Ijo
Kali ni Che Nom nak masak sambal, bukan sebarang sambal tapi sambal hijau atau sambal ijo ala-ala rumah Padang. Bagi Che nom sambal ni menarik sangat sebab warnanya hijaunya tu. Kita guna bahan-bahan yang bewarna hijau dan ada acara untuk kekalkan warnanya.
Che Nom masak banyak-banyak dan botolkan, senang nak makan dengan ayam goreng ke, dengan bilis petai atau makan dgn nasik panas cukup terbaik.
Resepi asal dari Chef Eddy Siswanto, Che Nom suka sangat tengok chef masak. Memang menjadi dan sedap sambal ijo ni, cuma apa yang berbeza dari resepi asal Che Nom tambah tomato aja. Hasilnya memang pekat, pedas dan padu. Anda kena cuba ye.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Sambal Ijo
- 450g cili padi hijau
- 150g cili besar hijau
- 1-2 biji tomato hijau
- 30g ikan bilis
- Iklan
- 2-3 cwn minyak masak
- 2-3 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang holland
- 5 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk seasoning
- 4 helai daun limau purut
Cara Menyediakan
Untuk Sambal
- 1Potong kasar tomato (pastikan guna tomato yang masih hijau) dan bawang holland.
- 2Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
- 3Daun limau purut koyak buang tulang tengah
- 4Bersihkan cili api dan cili besar kemudian tos kering.
- 5Cabut tangkai cili dan patahkan.
- 6Didihkan air dan rebus semua cili dan tomato (tak perlu lama lebih kurang macam celur saja, kalau lama takut cili berubah warna).
- 7Bila cili dan lembut sikit boleh angkat dan bilas dengan air sejuk.
- 8Masukkan bahan yang direbus tadi dalam food processor atau blender kemudian kisar kasar (kalau rajin boleh tumbuk).
- 9Basuh bersih ikan bilis dan goreng separuh masak. Bila dah masak boleh angkat dan ketepikan.
- 10Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah sampai lembut. Pastikan api kecil sebab takut bawang jadi perang sangat dan garing.
- 11Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Kacau sampai bawang lembut.
- 12Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sampai lembut dan air kering sikit.
- 13Perasakan dengan garam dan serbuk perasa (pilihan), boleh tambah kiub pati ayam kalau suka. Kacau sebati.
- 14Tabur daun limau purut dan ikan bilis goreng.
- 15Tutup api bila dah masak boleh dan sejukkan.
Untuk Simpan
- 1Rebus balang kaca dalam air panas untuk matikan kuman.
- 2Keluarkan botol dan keringkan.
- 3Senduk masuk sambal kedalam botol.
- 4Tutup rapat dan simpan dalam peti ais.
- •Pastikan air betul-betul mendidih sebelum rebus cili dan tomato.
- •Kalau nak kurangkan pedas boleh kurangkan cili padi anggaran 400-350g dan lebihkan cili besar.
- •Selepas rebus cili dan tomato, bilas atau rendam dalam air sejuk untuk hentikan proses pemanasan dan maintain warna hijau
- •Untuk simpan sambal dalam suhu bilik boleh gunakan kaedah retort (masukkan dalam pressure cooker).
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






