ResepiCheNom
Kuah Kacang Pekat Dan Pedas

Kuah Kacang Pekat Dan Pedas

Menu raya kali ni ialah kuah kacang versi baru. Siapa yang plan nak buat kuah kacang tu, jomlah cuba. Memang cukup pekat, pedas berempah, manis, cukup rasalah semua. Kelainan kuah kacang untuk resepi kali ini ialah Che Nom letakkan santan untuk lebih rasa berlemak.

Che Nom akan hidang kuah kacang pekat ni dengan ketupat nasi daun kelapa, cara tradisional. Memang padanan yang mantap sekali.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
8 Julai 202226.7K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Kisar Halus

  • 8-10 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4-5 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 sb /25g udang kering
  • 25 biji cili kering
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air
Iklan

Bahan Lain

  • 1 mangkuk besar minyak masak
  • 600g kacang tanah
  • Air anggaran 4-6 cawan
  • 1 kotak kecil /200ml santan
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 sb kicap manis
  • 150g gula melaka
  • Garam secukup rasa
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Kuah Kacang

  1. 1
    Goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga keperangan.
  2. 2
    Tumbuk kasar atau kisar kering kacang tanah.
  3. 3
    Panaskan minyak, lalu goreng bahan-bahan kisar halus iaitu bawang putih, halia, bawang, serai, lengkuas, cili kering, dan udang kering. Kacau dalam 3-4 minit.
  4. 4
    Angkat dan toskan minyak.
  5. Iklan
  6. 5
    Kisar halus bahan gorengan dengan sedikit air sehingga menjadi pes pekat.
  7. 6
    Panaskan minyak, masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak.
  8. 7
    Masukkan kacang tanah goreng, air dan gula melaka. Renehkan kuah kacang dalam anggaran 30 minit dengan api perlahan sehingga kuah kacang pecah minyak dan masak.
  9. 8
    Masukkan santan, garam secukup rasa, air asam jawa dan kicap manis. Tambah air serta gula melaka jika perlu.
  10. 9
    Masak kuah kacang sehingga mendidih.
  11. 10
    Kemudian, kuah kacang siap untuk dihidang.
Iklan
Petua & Panduan
  • Sebaiknya pilih lengkuas yang lebih muda dan masih lembut.
  • Selain gula melaka, boleh juga digantikan dengan gula nisan.
  • Kacang tanah yang rangup boleh di uji pada kerapuhan kulit kacang dan kulit pada biji kacang akan lebih senang tertanggal.
  • Untuk menggoreng kuah kacang, gunakan minyak yang banyak supaya kuah kacang menjadi lebih sedap.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru