
Sambal Penyet Berapi
Kali ni Che Nom nak share resepi yang best sebab mudah dan sangat lah praktikal untuk di simpan sebagai stok yang akan bantu memudahkan kerja mak-mak di dapur atau pun juga sebagai penyelamat dapur bujang, iaitu Sambal Penyet.
Mula-mula kita potong cili dan bahan-bahan lain untuk digoreng goreng sampai layu. Kemudian kisar dan tumis sampai sambal masak pekat dan pecah minyak.
Dari dulu lagi memang Che Nom akan sentiasa masak sambal penyet dan botolkan sebab senang nak makan bersama nasi. Sambal ni boleh juga di guna untuk masak macam-macam. Memang menjimatkan masa. Kadang-kadang Che Nom akan pek kecil dan simpan di freezer, ketahanannya berbulan-bulan. Rasa sambal peneyt ni memang sedap, pedas dan padu.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 25-30 biji / 500g cili merah besar
- 60 biji / 300g cili padi merah
- 4-5 biji bawang merah
- 4 biji tomato
- Iklan
- 1 labu / 12 ulas bawang putih
- 3 inci belacan
- 2 sb gula
- Garam secukup rasa
- 1 sb serbuk seasoning
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Cili merah dan cili padi, basuh bersih dan tos kering kemudian buang tangkai dan potong kasar (supaya cili tak meletup bila digoreng).
- 2Potong kasar bawang merah dan tomato (untuk pekatkan sambal dan kurangakn kepedas sambal)
- 3Cincang kasar bawang putih.
- 4Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai bawang lembut. Kemudian angkat dan toskan minyak.
- Iklan
- 5Goreng pulak cili merah dan cili padi. Goreng sampai cili lembut dan layu. Angkat dan toskan. Boleh goreng cili sekali dengan bawang tapi diseebabkan terlampau banyak jadi Che Nom goreng asing nak bagi cepat masak.
- 6Goreng tomato. Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair. Bila tomato lembut, angkat dan toskan.
- 7Kisar kesemua bahan dalam chopper. Kalau nak guna blender tambah sikit minyak sebelum kisar. Boleh jugak tumbuk sampai lumat.
- 8Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
- 9Panaskan minyak dan goreng belacan sampai garing (boleh ganti kiub ikan bilis atau ikan bilis goreng).
- 10Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak.
- 11Tambah gula, garam dan serbuk seasoning. Kacau sebati.
- 12Tutup api dan masukkan kedalam balang kaca.
- 13Tutup balang kaca tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal sejuk dulu baru tutup rapat (biar wap naik dan kena penutup).
- •Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair.
- •Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
- •Pastikan masak sambal dengan minyak yang banyak sebab minyak akan bantu sambal tahan lama.
- •Petua untuk matikan kuman dalam sambal, selepas masukkan sambal kedalam balang tutup balang tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal steam dan naik kena penutup.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






