ResepiCheNom
Popia Nestum Sedap

Popia Nestum Sedap

Resipi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati.

Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli. Anda boleh cuba kuih ini untuk dihidangkan di hari raya nanti. Buat keluarga besar, jika ramai-ramai bergotong rotong menyiapkannya, pasti seronok dan cepat siap.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
2 Mei 201689.5K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Popia Nestum

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
Iklan

Bahan Untuk Gam

  • 2 sudu besar tepung
  • 1/4 cawan air
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. 2
    Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. 3
    Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. 4
    Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. 5
    Goreng sehingga kekuningan.
  6. 6
    Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Iklan
Petua & Panduan
  • Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru