ResepiCheNom
Nasi Tomato

Nasi Tomato

Resepi nasi tomato dari bonda mertua. Hidangan yang sangat sesuai untuk santapan di hari raya dan berbuka puasa . Menggunakan tomato sup minyak sapi dan susu cair sebagai bahan utama .

Nasi Tomato ini sesuai dihidangkan bersama Kuah Dalca Daging, Ayam Masak Merah dan Acar Timun . Langkah untuk menyediakan nasi ini sangat mudah walaupun bahanya agak banyak.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
7 Ogos 2015221.1K paparan1 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 4 cawan beras
  • Bahan untuk di potong halus
  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
Iklan

Bahan Lain Yang Berkaitan

  • 3 1/2 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong halus bahan bertanda *
  2. 2
    Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. 3
    Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. 4
    Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.
Iklan

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru