
Nasi Lemak Lebih Sempurna Dengan Jasmine
Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Lemak Sempurna yang lembut, ringan dan berderai tekstur nya. Rasa pun sedap dan berkhasiat. Nasi lemak ni dimasak menggunakan beras Basmathi Pusa cream keluaran Jasmine.
Cantik sangat berderai sebiji-sebiji hasil nasik lemak ni, memang sempurna. Sesuai sangat untuk mereka yang berdiet. Menu yang sihat dan kurang rasa bersalah bila makan.
Che Nom padan kan nasi lemak ni dengan lauk rendang ayam. Resepi rendang ayam versi mudah ni pun ada dalam video ye. Memang sesuai sangat kalau kita makan nasi lemak ni dengan rendang ayam.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Nasi Lemak
- 3 cwn beras
- 3 3/4 cwn campuran santan dan air
- 1-2 sk garam
- 1 helai daun pandan
- 1/2 inci halia
- 1/4 biji bawang merah besar
- 1 sk biji halba
Bahan Untuk Ayam Rendang
- 1 cawan minyak masak
- 1 inci lengkuas
- 1 ketul kunyit hidup
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah kecil
- 1/2 biji bawang merah besar
- 1 inci halia
- 2-3 batang serai
- 6 tangkai cili padi
- 2-3 biji buah keras
- 4 sb cili kisar
- 1/2 ekor ayam
- 1-2 keping asam gelugor
- 1/2 cawan santan
- 1 sb kerisik
- Garam, secukup rasa
- 1 helai daun kunyit
Cara Menyediakan
Untuk Nasi Lemak
- 1Daun pandan carik dan simpul.
- 2Hiris nipis halia dan bawang merah besar.
- 3Basuh bersih beras dan kemudian rendam dengan air selama 20-30 minit untuk hasil yang lembut. Kalau guna pressure cooker rendam 10 minit sahaja.
- 4Lepas rendam, boleh tos air dan tuang masuk beras dalam periuk nasi atau pressure cooker.
- 5Masukkan susu santan dan air (1 cwn santan 2 3/4 cwn air).
- 6Masukkan garam, daun pandan, bawang merah, halia dan biji halba.
- 7Kacau sebati dan biarkan nasi masak.
Untuk Rendang Ayam
- 1Hiris halus daun kunyit.
- 2Potong kasar lengkuas, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah kecil, bawang merah besar, halia, serai dan cili padi.
- 3Masukkan kesemua bahan potong kasar tadi, buah keras dan sedikit air kedalam blender. Kisar halus.
- 4Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
- 5Masukkan cili kisar dan tumis sampai masak dan pecah minyak.
- 6Masukkan potongan ayam dan kacau sebati.
- 7Masukkan asam gelugur. Masuk sekeping dulu, kalau tak masam boleh tambah.
- 8Tutup dan reneh sampai ayam separuh masak.
- 9Masukkan santan dan kerisik.Sambung reneh sampai ayam masak. Boleh tambah air kalau kuah kering.
- 10Perasakan dengan garam. Tabur hirisan daun kunyit dan boleh tutup api.
- 11Sedia untuk dihidang bersama Nasi Lemak Jasmine.
- •Beras dan air perlu disukat menggunakan cawan yang sama.
- •Che Nom sukat air dengan nisbah 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air.
- •Untuk santan seeloknya guna coconut milk UHT, bukan coconut cream kerana ebih rendah kandungan lemak berbanding dengan coconut cream.
- •Untuk nasi tidak mudah hancur, lepas masak dalam 10 minit baru kacau / gembur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






