
Nasi Dagang dan Acar Timun
Kali ini Che Nom kongsi cara masak nasi dagang dan resepi ni adalah sambungan daripada Gulai Ikan Tongkol yang lepas.
Che Nom akan bercerita mengenai jenis-jenis beras yang boleh kita guna untuk masak nasi dagang serta cara untuk sediakan beras bermula dari proses mengukus, sampai lah kepada proses meng’arung’ beras untuk dapatkan texture nasi dagang yang lembut, berderai, tidak patah dan berkilat. Rasa pon pasti sedap.
Cara sediakan hidangan sampingan wajib iaitu acar timun yang ringkas pun ada, mudah sangat kerana tak perlu masak pun. Makan dengan gulai ikan tongkol memang terbaik set nasi dangan ni. Nasi dagang ni sangat sesuai dihidangkan diwaktu sarapan dan lauk yang paling sesuai adalah Gulai Ikan Tongkol .
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- Bahan-bahan untuk nasi dagang
- 4 cwn /800g beras wangi
- 1 cwn /200g beras pulut
- 2 cwn santan pekat
- 2 cwn santan cair
- 1 1/2 sb halba
- 2 inci halia
- 3 biji bawang merah kecil
- 3-4 sk garam
- 2 sb gula
Bahan Untuk Acar Timun
- 1 batang timun
- 1/2 batang lobak merah
- 1/2 bawang besar
- 1 tangkai cili besar
- 1 tangkai cili padi
- Sedikit garam
- 1-2 sb gula
- Cuka makan
Cara Menyediakan
Untuk Acar Timun
- 1Timun potong memanjang (macam mancis) dan buang bahagian tengah / biji.
- 2Lobak merah, buang kulit dan potong mancis (boleh parut kalau suka).
- 3Hiris nipis bawang besar, cili merah dan cili hijau.
- 4Masukkan kesemua bahan potong dalam mangkuk.
- 5Perasakan dengan gula, garam dan cuka makan.
- 6Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk Nasi
- 1Bila air dalam periuk kukus dah panas, boleh masukkan loyang berisi beras tadi.
- 2Kukus anggaran 10 minit.
- 3Halia potong halus macam mancis, Che Nom guna halia muda sebab lebih sedap tapi tak wajib, nak guna yang tua pon boleh.
- 4Hiris nipis bawang merah kecil.
- 5Campur beras wangi thai dan beras pulut (pilihan). Kalau dah guna beras wangi tak perlu tambah beras pulut tapi kalau guna beras biasa wajib tambah beras pulut.
- 6Basuh dan rendam beras anggaran 8-9 jam.
- 7Toskan air dan masuk beras dalam loyang pengukus. Boleh kalau nak alas beras dengan daun pisang.
- 8Buat lubang antara beras. Boleh buat satu lubang besar di tengah atau banyak-banyak lubang sekaligus.
- 9Untuk santan pekat, perahan kelapa parut dengan 2 cawan air. Perah ambil santan dan bancuh dengan garam dan gula.
- 10Untuk santan cair, perah (perahan kedua dari kelapa parut yang sama) kelapa parut dengan 1 cawan air. Kalau takda santan cair boleh kukus nasi dengan air macam biasa dan tambah santan pekat atau santan kotak last sekali.
- 11Pindah nasi dalam bekas / mangkuk besar.
- 12Tuang masuk santan cair dan arungkan (kacau) sebati nasi.
- 13Tambah halba dan sambung arung.
- 14Bila nasi dah kering, masukkan balik nasi dalam loyang pengukus dan sambung kukus anggaran 20 minit.
- 15Selepas 20 minit, pindah semula nasi dalam mangkuk besar tadi
- 16Masukkan hirisan bawang, halia dan santan pekat. Arung sampai nasi kering dan serap semua lembapan dari santan.
- 17Pindah masuk nasi dalam bekas aluminium (untuk lambatkan nasi basi).
- 18Tekan dan ratakan permukaan nasi. Tutup dan biarkan nasi rehat anggaran 15-20 minit.
- 19Hidang bersama acar dan gulai ikan tongkol.
- •Ada beras khas untuk nasi dagang tapi Che Nom guna beras wangi thai. Beras ni agak kenyal dan lembut, beras yang sama untuk masak nasi ayam Hainan.
- •Che Nom tambah beras pulut untuk lebih texture kenyal dan melekat-lekat. Sebenarnya kalau dah guna beras wangi tak perlu tambah beras pulut tapi kalau guna beras biasa wajib tambah beras pulut.
- •Kalau takda santan cair boleh kukus nasi dengan air macam biasa dan tambah santan pekat atau santan kotak last sekali.
- •Masa kukus buat lubang antara beras supaya wap air boleh naik ke atas. Boleh buat satu lubang besar di tengah atau banyak-banyak lubang sekaligus.
- •Selepas siap kukus nasi, simpan nasi dalam bekas aluminium petua untuk lambatkan nasi basi.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






