
Nasi Ayam Sedap
Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap dan sangat sesuai dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu . Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Jangan takut untuk menyediakan hidangan ini kerana Resepi ini telah diolah bagi memudahkan anda untuk memasaknya.
Satu tip yang boleh Che' Nom kongsikan sekiranya anda ingin menyediakan hidangan Nasi Ayam ini kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah adalah untu majlis-majlis tertentu untuk kuantiti yang agak banyak . Anda boleh menyediakan sos dan kuah kicap satu hari sebelum majlis. Ini boleh menjimatkan masa kerana pada hari majlis anda boleh menumpukan masa untuk menyediakan nasi dan ayam, kerana proses penyediaan nasi dan ayam mengambil masa yang agak lama.
Untuk ayam pula, ayam bersaiz kecil atau sederhana lebih susuai kerana lebih garing dan kurang berlemak. Ayam yang diperap bolehlah digoreng sebaik sahaja tetamu sampai kerumah kerana ianya lebih sedap dihidangkan panas-panas dan masih garing. Selamat mencuba!.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam (Direbus)
- 1 ekor ayam dipotong 8
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
- 2 cm halia, ditumbuk halus
- 1 kiub ayam
Bahan Untuk Ayam (Diperap)
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 cm halia, ditumbuk halus
- 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
- 1 sudu besar kicap cair
- Sedikit madu untuk sapuan
Bahan Untuk Nasi
- 3 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu besar butter
- 1 cm halia ditumbuk halus
- 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
- Sedikit garam
- 2 bunga lawang*
- 4 buah pelaga*
- 1 kayu manis*
- 1 batang serai ketuk
- 2 helai daun pandan
- Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan Untuk Sos
- 5 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan Untuk Sup
- Air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar, dikisar
- Rempah sup bunjut
- Garam
- Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan Untuk Kuah Kicap
- Sedikit garam
- Kuah kicap perapan ayam di atas
- Kicap manis cap kipas udang
- Air rebusan ayam
Cara Menyediakan
Untuk Ayam
- 1Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
- 2Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
- 3Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
- 4Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Untuk Memasak Nasi
- 1Basuh beras dan tos air.
- 2Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Untuk Memasak Sup
- 1Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Untuk Memasak Sos
- 1Kisarkan semua bahan di atas.
- 2Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Untuk Memasak Kuah Kicap
- 1Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
- •Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






