
Makaroni Bakar Cheese Leleh
Kali ni Che Nom nak share resepi macaroni bakar cheese leleh yang sesuai sangat untuk buat jualan, sama ada yang dah masak atau pun dijual dalam bentuk frozen food. Resepi ni tak sama macam resepi mac and cheese yang ber sos putih tutapi seakan-akan sama dengan resepi lasagna sebenarnya. Che Nom buat ikut citarasa sendiri, sebab apa? Sebab kita yang buat dia kan. Kalau lasagna kita lapis berselang seli dan kalau macaroni versi bakar ni senang aja.
Mula-mula perlu sediakan gravy atau sos ala Bolognese dengan daging atau ayam mengikut selera, kemudian gaul aja semua gravy tu bersama macaroni rebus, dan atas sekali baru lah dituang dengan sos putih ataupun bechamel sauce sebelum ditabur dengan serbuk cheese parmesan, parutan mozzarella, serbuk herba parseli dan juga sedikit hiasan capsicum. Rasa pun memang sangat premium.
Kalau mak-mak yang busy elok simpan sebagai frozen. Bila nak makan keluarkan untuk defrost dan bakar aja. Kalau makan panas-panas ni memang terbaik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kuah Bolognese
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 250g daging kisar
- 1 keping daging burger (pilihan)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2-1 batang lobak merah
- 1 biji tomato
- 1 biji capsicum
- 1/4 cawan puri tomato
- 1 tin sos pasta tomato
- Sedikit air rebusan pasta
- 1/2 sudu kecil herba itali
- 1/2 ketul kiub ayam (pilihan)
- 1-2 sudu kecil serbuk kasar cili
- 5-7 cendawan
- Garam secukup rasa
- 1/4 cawan susu penuh krim
Bahan Untuk Sos Putih
- 3 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 1/2 cawan susu penuh krim
- 1 sudu besar serbuk keju parmesan
- 2 keping keju cheddar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Bahan Untuk Makaroni Rebus
- 3 cawan makaroni kering
- 2 sudu kecil garam
- 2 liter air
- Sedikit minyak zaitun (untuk salutan)
Bahan Untuk Lain
- Parutan keju mozarella
- Hirisan capsicum
- Serbuk parseli kering
Cara Menyediakan
Untuk Makaroni Rebus
- 1Rebus makaroni dengan air dan garam sehingga lembut.
- 2Tapis dan gaul dengan minyak zaitun (supaya makaroni tak melekat).
- 3Cara-cara untuk sos putih
- 4Cairkan butter dan masuk tepung gandum.
- 5Kacau sebati dan masuk susu full cream.
- 6Masuk serbuk keju parmesan, keju cheddar, serbuk lada hitam dan garam (jika perlu)
- 7Tambah susu jika terlalu pekat kemudian tutup api.
Untuk Kuah Bolognese
- 1Potong dadu bawang holland, lobak merah, capsicum dan tomato.
- 2Hiris sederhana nipis cendawan dan capsicum (untuk hiasan).
- 3Cincang halus bawang putih dan daging burger.
- 4Panaskan minyak kemudian tumis bawang holland dan bawang putih (masukkan bila bawang holland layu atau lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
- 5Masuk daging cincang, daging burger dan serbuk black pepper.
- 6Bila air daging hampir kering, masukkan carrot, tomato dan capsicum kemudian kacau dan tutup 5 minit.
- 7Masukkan puri tomato, sos pasta tomato dan air rebusan pasta.
- 8Masukkan Italian herbs, kiub ayam (pilihan), chili flakes dan cendawan.
- 9Masukkan susu full cream dan terus tutup api.
- 10Masukkan makaroni rebus dan gaul sekata.
- 11Sendukkan makaroni dalam 6 bekas (tray aluminium 3 inci x 7 inci).
- 12Tabur serbuk keju parmesan, tuang sos putih, tabur parutan keju mozzarella, serbuk keju parmesan, serbuk parseli kering dan hirisan capsicum
- 13Boleh tutup kemas untuk simpan frozen
- 14Kalau nak makan boleh bakar dalam over 200 C anggaran 15 minit atau sehingga permukaan perang.
- •Untuk lebih manis boleh guna cherry tomato dalam 8-10 biji.
- •Untuk yang vegetarian boleh lebihkan cendawan, campur pelbagai jenis cendawan atau tambah sayur zucchini/courgette.
- •Jangan buang air rebusan pasta, tambah dalam kuah bolognese untuk adjust kepekatan kuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan

Makaroni Goreng

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)

Spaghetti Aglio Olio dengan Seafood

Creamy Prawn Pepperoni Pasta Favourite Anak-Anak Che Nom!

Spaghetti Goreng Sosej

Creamy Pasta Pedas Bersama Fillet Ayam
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour
