
Keli Balado
Jom kita masak ikan keli goreng balado kali ni. Ada tips untuk dapatkan ikan keli goreng yang rangup dan juga tak meletup bila digoreng. 13 tahun lepas Che Nom pernah goreng tapi letupan dia masyaAllah macam nak perang. Sekarang baru ada keberanian nak cuba semula.
Memang hasil nya sangat memuaskan kali ni. Sambal pula Che Nom masak menggunakan cili fresh, dan masak sambal balado yang simple tapi sedap sungguh kalau makan panas-panas dengan nasi.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Keli Goreng
- 4-5 ekor ikan keli
- 2 sk serbuk kunyit
- Sedikit garam
- Tepung beras
- 3 sb tepung gandum, utk mencuci
- 3 bijil limau kasturi, utk mencuci
- 1 asam gelugor
Bahan Sambal Balado
- ½ biji tomato
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah besar
- 5-7 biji cili merah
- 6-10 tangkai cili padi merah
- ½ inci belacan
- 2 sb sos tiram
- 1-2 sb air asam jawa
- 3 helai daun limau purut
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Perasa, jika suka
Cara Menyediakan
Untuk Sambal Balado
- 1Kisar kasar bawang putih, bawang merah besar, cili merah,dan cili padi merah.
- 2Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar kasar sehingga layu dan naik bau.
- 3Masukkan belacan, sos tiram, air asam jawa, hirisan tomato, daun limau purut, gula dan garam secukup rasa serta serbuk perasa (pilihan).
Untuk Keli Goreng
- 1Cuci ikan keli sehingga hilang lendir dan bau hanyir lalu kelar kedua-dua belah bahagian ikan.
- 2Gaul sekata serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan keli. Perap seketika.
- 3Gaul dan salutkan ikan keli dengan tepung beras.
- 4Panaskan minyak masak dan goreng ikan keli sehingga masak.
Untuk Keli Balado
- 1Angkat ikan keli dan toskan minyak.
- 2Taburkan sambal balado diatas ikan keli goreng.
- 3Kemudian, keli balado siap untuk dihidang dan lebih sedap dimakan bersama nasi putih panas.
- •Cara untuk hilangkan lendir dan hanyir pada ikan keli adalah dengan membasuh ikan keli dengan 3 atau 4 sudu besar tepung gandum. Selepas hilang lendir, perah jus limau kasturi / limau nipis / cuka / asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan keli. Biarkan ikan keli lebih kurang 10-15 minit lalu bilas sebelum disalut tepung.
- •Jika mahukan ikan keli goreng lebih rangup, kelarkan kedua belah bahagian ikan hingga ke tulang.
- •Jika tidak mahu masukkan belacan, boleh masukkan sos tiram sahaja.
- •Tepung beras adalah petua bagi mengelakkan minyak meletup ketika menggoreng ikan keli dan ikan keli goreng akan menjadi lebih rangup. Selain tepung beras, boleh juga gaulkan cuka untuk rangupkan tekstur ikan keli goreng.
- •Petua lain supaya minyak tidak meletup adalah dengan memasukkan asam keping, hirisan halia ataupun sedikit taburan tepung beras kedalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






