
Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.
Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu 'menunggu gaji' bak kata orang :) Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gula. Garam pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.
Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis
- 1 mangkuk kecil minyak
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 7-8 biji cili padi, hiris nipis
- sedikit kicap manis
- limau nipis
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak.
- 2Bersihkan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- 3Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis, tinggalkan dalam anggaran 3-4 sudu.
- 4Tumis cili kisar sehingga masak garing dan pecah minyak.
- 5Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga sedikit layu. Masukkan ikan bilis dan sedikit kicap manis.
- 6Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan limau nipis.
- •Jangan masukkan kicap banyak dan berkuah sangat kerana nanti ikan bilis cepat jadi lembik, memadai cukup sekadar kicap menyaluti ikan bilis dan sedikit sahaja kuahnhya.
- •Kalau anda suka lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
- •Bawang besar tak perlu dikacau lama sangat supaya rasanya sedikit rangup bila dimakan nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






