
Ikan•
Kari Pekat Ikan Merah
Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang.
Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar.
Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tumbuk Kasar
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan Untuk Bancuhan Rempah
- 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- air secukupnya
Bahan Untuk Lain
- 2-3 sudu besar air asam jawa
- 1/2 mangkuk kecil minyak masak
- 3/4 sudu kecil halba campur
- 2 tangkai daun kari
- 1 ekor ikan merah
- 1 mangkuk santan cair
- 3 biji cili merah besar
- 1 mangkuk santan pekat
- air, jika perlu
- garam secukup rasa
- 12 batang bendi
- 2 biji tomato
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
- 2Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
- 3Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
- 4Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
- 5Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
- 6Masukan halba campur dan daun kari.
- 7Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
- 8Tuang bancuhan rempah kari.
- 9Kacau sekata sehingga pecah minyak.
- 10Tambahkan air.
- 11Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
- 12Masukkan ikan merah.
- 13Masak selama 5 minit.
- 14Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
- 15Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
- 16Kemudian masukan santan pekat.
- 17Jika kari pekat boleh tambah air.
- 18Tambah sedikit air asam jawa.
- 19Tambah garam.
- 20Masukan bendi dan tomato.
Petua & Panduan
- •Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
- •Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
- •Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





