
Donut Lembut Gebu Twisted Korean Doughnut
Kali Che Nom nak share cara untuk hasilakn donut versi Maangchi, iaitu Korean Twisted Donut. Kalau masakan Korea, Maagchi memang sentiasa jadi rujukan Che Nom.Resepi donut ni menggunakan bahan-bahan yang lebih kurang sama mcm donut lain, Cuma cara kita bentukkan tu yang buatkan bg nampak special, bentuk twist yang orang korea panggil "kkwabaeggi".Kalau di Korea, kwabeggi ni adalah makanan street food yg sangat terkenal.
Che Nom akan mulakan dengan tunjuk cara untuk hasilkan adunan basah, dan test sama ada yis kita masih berfungsi, kemudian proses uli dan perap doh sampailah cara bentukkan twisted donut, dan juga berkongsi beberapa tips semasa menggoreng. Kalau buat dengan anak-anak pun seronok juga ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Donat
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar mentega
- 1 cawan susu penuh krim
- 2 sudu besar gula putih
- 2 1/4 sudu kecil yis kering
- 1 biji telur
- minyak untuk menggoreng
Bahan Untuk Salutan
- 3-4 sudu besar gula halus
- 1/4 - 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
Cara Menyediakan
Untuk Penghasilan Doh
- 1Gaul sebati tepung gandum dan garam kemudian ketepikan.
- 2Cairkan butter dan masukkan susu full cream dan gula putih kemudian kacau sampai gula larut. Masukkan yis, kacau dan tunggu sekejap.
- 3Pecahkkan telur dan pukul agak sebati
- 4Masukkan bancuhan yis dan telur dalam tepung. Kemudian kacau sehingga sebati semua bahan.
- 5Uli doh (agak-agak kenyal). Bulatkan doh dan masukkan dalam mangkuk yang telah digriskan dengan minyak. Tutup dah perap sehingga doh naik 2x ganda.
Untuk Bentukkan Doh
- 1Tumbuk dan keluarkan angin kemudian bahagi kepada 16 bahagian.
- 2Ambil satu doh dan uli memanjang (agak-agak 25 cm, tangan kanan dan kiri uli arah berlawanan) kemudian angkat dan pintal. Tekan hujung donut supaya melekat. Rehatkan donut 15-25 minit.
Untuk Goreng Donut
- 1Panaskan minyak dan masukkan donut.
- 2Alihkan bila bahagian bawah masak perang.
Untuk Salutan
- 1Gaul sebati gula kastor dan serbuk kayu manis.
- 2Goncang donut dan salutan sehingga bersalut sekata.
- •Alihkan donut bahagian atas / kembung dulu yang masuk dalam minyak panas, jadi bahagian kemek ada masa untuk kembang.
- •Jangan alih banyak kali, takut donut serap minyak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






