
Kuih Bakar Pandan Lembut dan Sedap
Che Nom nak share satu resepi yang mendapat permintaan ramai iaitu resepi kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja. Kalau sapa-sapa yang dah follow Instagram Che Nom mungkin anda boleh tau bertapa Che Nom sangat menghargai kuih muih tradisional. Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna perang,serta sangat harum baunya hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang kita gunakan.
Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yg sangat sedap. Cuma anda perlukan teknik yang betul untuk mendapatkan kerak yang sedap semasa proses membakar. Ikut je resepi yang Che Nom nak tunjuk ni Insyallah kuih bakar pandan anda sedap dan lembut sampai ke malam. Sukatan cawan dan gram disediakan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Jus Pandan
- 1 cawan /250ml air
- 5 helai daun pandan
Bahan Untuk Kuih Bakar Pandan
- 2 cawan /250 g tepung gandum
- 1 cawan /200 g gula putih
- ½ sudu kecil garam
- 2 ¼ cawan /563 ml santan
- 3 biji telur
- 2 sudu besar majerin
- sedikit pewarna hijau
- sedikit minyak
- bijan secukupnya untuk taburan
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven kepada suhu 170°C, api atas bawah.
- 2Potong kasar daun pandan, kisar halus bersama air untuk hasilkan 1 cawan jus pandan. Tapis jus pandan dan ketepikan.
- 3Masukkan tepung gandum, gula putih, garam, santan, jus pandan, telur, majerin dan pewarna hijau ke dalam blender. Kisar halus dan tapis.
- 4Ambil acuan bunga kemboja, tuang sedikit minyak dalam acuan dan kemudian panaskan.
- Iklan
- 5Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan sehingga bijan bertukar menjadi warna sedikti perang. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum dibakar.
- 6Bakar selama 40-45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar pandan menjadi warna perang.
- 7Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
- 8Sejukkan sebelum dipotong.
- •Pada10 minit terakhir, kuatkan oven kepada suhu 190°C supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





