
Cucur roti
Tema resepi kali ni ialah elakkan pembaziran atau tema menu hujung bulan, ha kita masak guna bahan-bahan yang biasa ada je kat semua rumah iaitu roti keping dan hasilkan cucur roti yang rangup di luar tapi lembut dalamnya. Che Nom memang suka makan cucur, atau cekodok. Jadi menu macam ni memang layan sangat lah, nak-nak pulak kalau waktu petang, time hujan ke, mengadap sorang pun boleh habis sepiring besar.
Roti yang dah nak expired tu, kita carik-carikkan dan rendam air biar lembut, kemudian tambah lah bahan-bahan apa saja yang kita suka, apa yang ada dalam peti sejuk tu, adjusts cukup rasa dan goreng sampai rangup keperangan.
Disebabkan Che Nom suka makan cucur dengan sos pencicah banjir, jom kita tgk cara nak buat sos pencicah bawag putih, memang ngam. Kadang-kadang rajin tu memang Che Nom buat lah, tak rajin kita cicah sos botol je. Tetap on, tetap layan makan dgn cucur.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Cucur
- Sedikit garam
- 1-2 sk gula
- 6 keping roti sandwich
- 1/2 cwn daun bawang
- 1/2 biji bawang besar
- 1/2 cwn parutan carrot
- 2 tangkai cili merah besar
- 1 mangkuk taugeh
- 50g / 1 genggam ikan bilis
- 1/2 sb serbuk pati ayam
- 1/2 sk serbuk kunyit (pilihan)
- 2 sb air bancuhan kapur makan (pilihan)
- 1 sk serbuk penaik
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- Air (agak-agak)
Bahan Sos Pencicah
- 3-4 tangkai cili merah besar
- 2 sb gula
- 1 cwn air
- 3 ulas bawang putih
- 2-3 sb sos cili
- Jus limau kasturi
- 2-3 sb air bancuhan tepung jagung
- 1 sb sos ikan
- Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Untuk Cucur
- 1Carik-carik roti dan basahkan dengan air, biarkan roti lembut.
- 2Potong halus daun bawang, cili besar dan bawang merah.
- 3Parut halus carrot.
- 4Tumbuk kasar ikan bilis .
- 5Hancurkan roti dengan masher kemudian masukkan gula, garam, carrot, bawang besar, daun bawang, cili merah, ikan bilis, serbuk pati ayam dan taugeh. Gaul sebati.
- 6Masukkan tepung gandum dan air sikit-sikit dan gaul sebati.
- 7Masukkan serbuk kunyit dan air kapur. Gaul sebati dan perap sekejap.
- 8Tambah serbuk penaik dan kemudian goreng sampai garing.
Untuk Sos Pencicah
- 1Kisar kasar cili merah dan bawang putih dengan 1 cwn air.
- 2Masukkan dalam periuk dan masak sampai mendidih.
- 3Perasakan dengan gula, garam, jus limau, air bancuhan tepung jagung dan sos ikan.
- 4Tutup api dan sedia untuk dihidang.
- •Goreng dalam minyak yang betul-betul panas, kalau minyak tak panas nanti cucur jadi tak ranggup, kerap san serap minyak.
- •Sebelum angkat cucur, kuatkan api, kacau-kacau 30 saat dan cepat-cepat angkat.
- •Boleh letak crabstick atau sosej kalau suka.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





