
Popia Goreng Bersira Pedas
Resepi Popia Goreng Bersira Pedas, ada yang panggil kuih ni popia goreng sambal ataupun popia goreng bercili. Kuih ni memang sangat sedap dan tak jemu di makan. Bahan-bahan untuk menyediakan popia ini juga sangat lah mudah dan cuma memerlukan kerajinan yang tinggi untuk balut setiap satu popia dan sediakan sambal sira nya.
Untuk inti popia, anda boleh gunakan sayur-sayur lain sebagai ganti. Contohnya ready made mixed vege (jagung, kacang pis dan karot), lobak putih ataupun kacang panjang. Boleh juga digantikan dengan udang segar, isi ayam atau isi daging, tak ada masalah.
Resepi ini boleh dijadikan sebangai panduan dan anda boleh ubahsuai mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di bahagian komen, Che Nom akan cuba menjawab.Untuk panduan lanjut resepi sila lihat video Youtube Che Nom ini : https://youtu.be/W6KiaTYn0XE.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- Kulit popia secukupnya
Bahan Untuk Lekatkan Kulit Popia
- 2 sudu besar tepung gandum
- sedikit air
Bahan Untuk Inti Popia
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 biji sengkuang, potong memanjang
- 1 batang karot, parut kasar
- sedikit biji kobis, cincang kasar
- sedikit taugeh
- 1 biji bawang besar, hiris halus
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
- gula dan garam secukup rasa
Bahan Untuk Sos Sira Pedas
- 2-3 sudu besar minyak masak
- 1 ulas bawang putih, tumbuk halus
- 1 ulas bawang merah, tumbuk halus
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar cuka makan
- sedikit garam
- bijan, disangai atau goreng tanpa minyak
Cara Menyediakan
Untuk Tepung Gam
- 1Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
Untuk Popia
- 1Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
- 2Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
- 3Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Untuk Popia Sos Sira Pedas
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
- 2Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
- 3Masukkan sos cili, gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
- 4Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
- 5Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.
- •Popia harus digoreng dengan minyak panas di api sederhana supaya kulitnya masak sekata, kekuningan dan rangup.
- •Pastikan juga sos sira masak dengan sempurna dan pekat sebelum digaul kerana jika sos sira cair, popia akan mudah menjadi lembik apabila digaul kemudian nanti. Kalau tak ada cuka makan, boleh gunakan air asam jawa sebagai ganti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





