
Apam Nasi Pandan
Kali ni Che Nom nak share resepi kuih yang sedap sangat, lembut gebu. Harum sangat bau dari pandan dan juga bau perapan yis, iaitu Apam Pandan mekar. Bukan itu saja, Che Nom nak tunjuk juga cara untuk dapatkan apam yang mekar kembang merekah dengan beberapa tips penting dan resepi ni juga tak perlu guna Eno.
Bahan-bahan senang aja nak sediakan yang terutamanya sekali kena ada , nasi sejuk, ha kalau ada lebihan nasi, dah jemu buat nasi goreng, boleh buat apam Pandan Mekar ni. Nasi kalau kita perap dengan yis dan bahan-bahan lain, proses fermentasi tu akan develop satu rasa dan bau yang enak.
Ratio tepung beras dan tepung gandum pon memainkan peranan penting tunuk hasil yang lembut dan liat-liat gebu macam apam kampung nenek-nenek kita buat dulu. Makan dengan kelapa parut berlemak masin, ha sedap sangat tak tau nak habaq.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Apam Pandan
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cwn air
- 1 cwn nasi
- 3/4 cwn gula
- 1 1/2 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sk yis kering
- 2 sk serbuk penaik
Bahan Kelapa Parut
- 1/2 biji kelapa parut
- 1 sk garam
- 1 helai daun pandan
Cara Menyediakan
Apam Nasi Pandan
- 1Gunting daun pandan dan kisar halus dengan 1 cwn air. Tapis jus pandan dengan jaring halus.
- 2Kisar halus nasi sejuk, jus pandan, air dan gula.
- 3Gaul tepung beras, tepung gandum dan yis kering.
- 4Tuang masuk bahan kisar halus tadi dan pewarna hijau sikit (pilihan) dalam adunan kering. Gaul sebati.
- 5Perap adunan suhu bilik selama 2 jam.
- 6Bila adunan apam dan berbuih, masukkan baking powder dan kacau sampai hilang buih.
- 7Kukus acuan kosong dalam 3-5 minit dengan api besar.
- 8Tuang masuk adunan apam dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
- 9Sejukkan apam sebelum keluarkan dari acuan.
Kelapa Parut
- 1Gaul kelapa parut dengan garam dan daun pandan.
- 2Kukus selama 5-8 minit.
- •Tepung beras Che Nom guna Cap Teratai, hasil guna Cap ni memang elok dan gebu untuk apam.
- •Kalau pakai pengukus klasik, penutup balut dengan kain untuk elak wap air jatuh.
- •Sebelum kukus, kita kena kacau sampai hilang semua buih-buih besar barulah bila kukus nanti apam akan naik lagi sekali dan kembang mekar dengan cantik.
- •Masa tuang masuk adunan dalam acuan, tutup dulu api pengukus takut melecur tangan kena steam.
- •Apam kena tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan kalau tak apam akan melekat dekat tangan. Acuan pon kena penyet-penyet biar senang tanggal.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





