
Corn Dog Cheese Mozarella
Korean street style corndog, yang mudah disediakan…bahanutama ialah mozzarella cheese block, kerana kita nk dapatkan texture cheese ygmelted bila digigit time panas-panas.
Memandangkan cuti sekolah dah dekat, iniadalah antara makanan/snack yg boleh kita sediakan untuk anak-anak,senang sbbboleh buat stok frozen jugak.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Corn Dog
- 1 biji telur
- air secukupnya ,untuk rebus hotdog
- 6-7 batang hotdog
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil baking powder
- susu full cream, anggaran 2 cawan
- 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
- 1 sudu kecil garam
- serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
- cornflakes, anggaran 1 cawan
- 250g cheese mozzarella blok
- lidi satay
- sedikit tepung gandum
- mayonis
- sos cili
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
- 2Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
- 3Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
- 4Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
- 5Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
- 6Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
- 7Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.
- 8Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
- 9Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
- 10Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
- 11Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
- 12Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
- 13Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
- 14Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.
Petua & Panduan
- •Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
- •Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
- •Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
- •Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





