
Biskut Thumb Print
Resepi Biskut Thumb Print yang sangat mudah tapi menghasilkan biskut yang cantik dan menarik. Orang putih panggil biskut ni sebagai ‘festive cookies’ kerana selalu dihidangkan pada waktu perayaan mereka. Sesuai sangat kalau nak hidangkan di Hari Raya nanti. Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran Che Nom.
Pastikan anda gunakan jem dan butter/mentega berkualiti tinggi. Untuk resepi ini, Che Nom gunakan unsalted butter. Tapi jika ada gunakan salted butter, tak perlu lagi letak garam ye, abaikan sukatan garam dalam resepi tu. Bagi Che Nom, penggunaan unsalted butter lagi sedap untuk biskut. Tapi tak ada masalah jika guna salted butter pun.
Jem pula, boleh gunakan jem apa sahaja yang anda suka. Jem raspberry, jem blueberry, jem aprikot..semua ikut selera masing-masing. Anda harus cuba resepi biskut ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Biskut
- 170g (3/4 cawan) mentega, suhu bilik
- 150g (2/3 cawan) gula
- 1 biji telur, size besar
- 1 sudu teh esen vanilla
- Iklan
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu teh baking powder
- ¼ sudu teh garam
- Jem strawberry secukupnya
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 150°C.
- 2Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
- 3Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
- 4Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
- Iklan
- 5Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 6Tutup doh atau balut dengan plastik wrap dan rehatkan di dalam peti ais selama 2 jam.
- 7Keluarkan dan uli doh bulat-bulat kecil sebesar biji guli. Tekan dengan ibu jari membentuk lubang kecil.
- 8Sudukan sedikit jem di atas supaya memenuhi lubang kecil, tetapi jangan terlalu penuh nanti jem akan melimpah apabila dibakar.
- 9Bakar selama 10-15 minit, atau sehingga kekuningan.
- 10Angkat dan sejukkan.
- •Boleh juga gunakan hujung senduk untuk membuat lubang pada bahagian atas doh.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





