
Biskut Suji Arab
Satu lagi biskut kuih raya yang Che Nom nak share kali ni ialah, Biskut Suji Arab atau biskut snowball orang kata. Biskut ni pun kategori yang tak pakai banyak bahan dan mudah nak buat. Dari segi rupa, biskut suji arab ni seakan-akan sama dengan biskut Makmur, cumanya biskut Makmur ada inti kacang tanah.
Bahan yang paling utama untuk dapatkan rasa special biskut ni ialah minyak sapi, atau ghee atau pun dipanggil clarified butter. Jadi rasa berlemak tu another level berbanding kalau guna butter. Selepas kita dah uli dan bakar biskut, kita salut pula dengan salutan susu untuk lebih rasa lemak susu tu bila makan. Memang rangup, gebu dan sedap manis berlemak biskut ni.
Anggaran hasil: 80-90 biji
NOTA: Boleh guna pure butter jenama QBB atau Enricos. Nak guna ghee campuran pun ok saja tetap sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 2 ¼ cawan tepung gandum
- 200g minyak sapi
- ½ cawan gula icing
- 1 sudu kecil esen vanila
- ¼ sudu kecil garam
- 3 sudu besar susu tepung
Bahan Salutan
- ¼ cawan susu tepung
- ¼ cawan gula aising
Cara Menyediakan
Untuk Biskut Suji Arab
- 1Ayak tepung gandum.
- 2Di dalam mangkuk, masukkan minyak sapi, gula aising, garam dan esen vanilla. Kacau sebati kesemua bahan.
- 3Masukkan susu tepung dan diikuti dengan tepung gandum sedikit demi sedikit
- 4Gaul sebati adunan sehingga lembut.
- 5Gris loyang dengan mentega/marjerin.
- 6Bentukkan adunan menjadi bulat atau bebola dengan saiz besar yang sama
- 7Bakar adunan biskut pada suhu 160˚C dalam anggaran selama 20 minit.
- 8Sejukkan seketika.
- 9Masukkan biskut suji dalam bahan salutan dan gaul sehingga bersalut sekata.
- 10Hiaskan dalam cawan kertas dan Biskut Suji Arab siap untuk dihidang.
Untuk Salutan
- 1Masukkan gula aising dan susu tepung. Gaul sekata kedua bahan.
- •Jika tekstur biskut suji merekah teruk ketika atau setelah dibakar, turunkan suhu ketuhar sedikit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Boleh guna susu Fernleaf tak?
UmumResipi ini tidak menyatakan jenama susu tepung yang spesifik, jadi boleh guna susu Fernleaf. Resipi ini memerlukan susu tepung dalam kedua-dua adunan biskut dan bahan salutannya. Pastikan anda menggunakan sukatan yang betul seperti yang dinyatakan dalam resipi: 3 sudu besar untuk adunan, dan ¼ cawan untuk salutan. Selamat mencuba!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





