
Biskut Semperit Dahlia Susu
Sebagai persediaan nak sambut raya pada tahun ni, jom lah kita buat biskut semperit susu ataupun mungkin sesetengah orang panggil biskut dahlia. Senang saja cuma guna 4 bahan, kos pun murah, dan yang paling penting sedap marvelous rasa dia.
Rasa manis lemak-lemak susu dan butter, rangup gebu dan cair di mulut. Ada 3 tips penting dalam video ni untuk dapatkan biskut semperit susu yang tidak kembang, yang mudah diterap, dan juga terbentuk elok saja tak jatuh kelopak bunganya.
Serting oven: Api ATAS & BAWAH Hasil: Anggaran 120-130 biji ikut saiz
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 500g tepung jagung (mungkin tak guna semua, letak sikit2)
- 250g mentega
- ½ cawan / 150g susu pekat
- Ceri untuk hiasan
Cara Menyediakan
Untuk Biskut Semperit Dahlia Susu
- 1Gris loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas pembakar.
- 2Di dalam mangkuk, hancurkan mentega dengan senduk.
- 3Masukkan susu pekat dan kacau sebati adunan secara perlahan.
- 4Sesudah kacau sebati, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga agak lembut.
- Iklan
- 5Masukkan adunan kedalam acuan nozzle dan terapkan biskut diatas loyang.
- 6Hiaskan dengan potongan ceri.
- 7Rehatkan dalam anggaran ½ jam.
- 8Panaskan ketuhar dalam 10-15 minit dan bakar biskut pada suhu 160˚ selama 20 minit atau 15 minit jika saiz biskut kecil.
- 9Kemudian, sejukkan seketika dan Biskut Semperit Dahlia Susu siap untuk dihidang.
- •Tips pertama, kacau adunan mentega dan telur dengan perlahan dan elakkan daripada mengacau secara berlebih-lebihan bagi mendapatkan tekstur biskut semperit yang cantik.
- •Tambah esen vanilla jika mahu.
- •Tips kedua, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan elak memasukkan tepung jagung kedalam adunan sekaligus.
- •Jika adunan tepung menjadi keras, tambahkan mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
- •Tips ketiga, selepas terapkan adunan biskut diatas loyang, rehatkan sekejap dalam anggaran ½ jam sebelum biskut semperit dibakar.
- •Jika bawah biskut menjadi terlebih perang atau cepat perang ketika dibakar, rendahkan suhu atau pindahkan loyang pada rak atas ketuhar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






