
Biskut Coklat Mocha
Resipi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resipi Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak Che Nom sangat suka dan pastinya akan jadi biskut utama hidangan hari raya nanti.
Kak Wan gunakan Mocha emulco, tapi Che Nom gantikan dengan ‘Cappuccino Paste’ yang di dibeli di kedai bakery. Satu lagi bahan yang anda tak boleh tinggalkan ialah emplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut. Kalau tak letak emplex…biskut akan kurang rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila lah cuba :)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Biskut
- 200g mentega
- 40g putih telur
- 50g shortening
- 150g gula perang
- 1/2 sudu besar paste cappucino
- coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)
Bahan Untuk Diayak
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/4 sudu teh emplex
- 340g tepung gandum
- 10g serbuk koko
Cara Menyediakan
Untuk Biskut
- 1Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
- 2Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
- 3Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
- 4Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
- 5Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
- 6Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






