
Biskut Cornflakes
Resepi Biskut Cornflakes yang sangat sedap.
Teksturnya adalah rangup di luar dan sedikit lembut seperti kek di dalam.
Anak-anak pasti menggemarinya di hari raya.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 cawan mentega
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 cawan cornflakes, kisar halus
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1/2 cawan kismis hitam, lebihkan sedikit jika anda suka
- 2-3 cawan cornflakes, ramas kasar
- paper cup
- ceri, untuk hiasan
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sehingga sebati.
- 2Ayak tepung dan serbuk penaik dalam bekas berasingan dan gaulkan dengan kismis bersama cornflakes yang dikisar halus.
- 3Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dan kacau sebati. Jangan tambah tepung kerana adunan sepatutnya agak lembik.
- 4Rehatkan adunan di dalam peti ais selama 5-10 minit.
- 5Sudukan adunan dan uli di atas cornflakes yang diramas kasar menjadi bentuk bebola. Masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan ceri.
- 6Bakar dalam oven bersuhu 180ºc selama lebih kurang15 minit atau sehingga biskut menjadi sedikit keperangan.
- 7Sejukkan pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Petua & Panduan
- •Selepas 15 minit di dalam oven, biskut masih lagi sedikit lembik. Tetapi tidak mengapa, kerana semasa proses penyejukan biskut akan berubah menjadi seperti tekstur kek di dalam dan rangup di luar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





