
Biskut Tart Nenas Nyonya
Resepi Tart Nyonya, sungguh klasik dan sedap jika dihidangkan pada hari raya.Agak mudah untuk menyediakan biskut ini.
Semua bahan kering disatukan dan kemudian digaulkan dengan telur kuning. Jangan lupa rehatkan doh kerana gluten doh mengambil masa terhasil dan tekstur biskut akan menjadi lebih lembut dan rangup.
Resepi asal saya ambil dari Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/2013/04/mengidam-tart-nenas-nyonya.html
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tart
- 300 gram tepung gandum*
- 4 sudu besar tepung jagung*
- 3 sudu besar gula aising*
- 200 gram mentega, potong kiub
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 2 kuning telur
Bahan Untuk Jem
- 2 biji nenas, parut dan toskan air
- 600 gram gula
- 1 batang kayu manis
- 2-3 titik pewarna kuning
Cara Menyediakan
Untuk Tart
- 1Bulatkan inti tart anggaran lebih kurang sebesar biji guli.
- 2Ayak bahan atau tepung bertanda *. Gaulkan tepung yang telah diayak tadi dengan mentega sehingga menjadi tekstur seperti serbuk roti.
- 3Masukkan kuning telur dan esen vanilla sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 4Rehatkan di dalam peti ais selama 1/2 jam.
- 5Keluarkan doh dan canaikan dengan cara melapik bahagian atas dengan plastik wrap. Dengan menggunaka cara ini, doh yangg lembut tidak akan melekat di roller. Terap doh dengan acuan dan hiaskan dengan inti tart.
- 6Bakar dalam ketuhar pada suhu 170- 175 darjah celcuis (suhu adalah bergantung kepada oven anda) selama 20- 25 minit.
Untuk Jem Nenas
- 1Masak nenas bersama gula.
- 2Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga kering.
- 3Bulatkan doh untuk inti tart nyonya.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






