
Udang Goreng Butter
Kali ni Che nom tunjukkan cara untuk masak Udang Goreng Butter, resepi yang mudah saja tapi perlukan sedikit teknik dan ketelitian untuk hasil yang menjadi. Udang mestilah guna yang segar, kita goreng dengan sedikit salutan tepung untuk dapatkan udang yang garing di luar dan lembut di dalam.
Kemudian, kita masak pula telur bersarang halus, atau egg floss dengan minyak butter, yang juga memerlukan teknik dan kawalan suhu yang betul bila memasak. Kalau anda betul-betul ikuti video ni, gerenti akan dapat hasil yang sangat memuaskan.
Dari segi rasa, manis-manis udang tu bila dimakan bersama egg floss yang lemak harum dari butter dan daun kari, memang cukup membuka selera.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Telur Bersarang
- 2 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili padi
- sedikit garam
- ½ sudu kecil serbuk pati ayam
- 1 sudu kecil gula
- 1 tangkai daun kari
- 1 ½ cawan minyak masak
- 50g / 3 sudu besar mentega
- 5 biji telur kuning
Bahan Untuk Udang Goreng
- 7 ekor udang besar
- 2 sudu besar tepung jagung
- sedikit garam
- 1 cawan minyak masak
Cara Menyediakan
Untuk Udang Goreng
- 1Gaul sekata udang bersama tepung jagung dan sedikit garam.
- 2Goreng udang sehingga kekuningan dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, lalu angkat dan toskan minyak.
Untuk Telur Bersarang
- 1Kacau telur kuning dan tapis.
- 2Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
- 3Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.
- 4Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih-buih kecil terhasil.
- 5Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
- 6Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
- 7Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
- 8Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.
- •Selain mentega, boleh juga digantikan dengan marjerin.
- •Bagi memastikan sama ada minyak sudah cukup panas adalah dengan celupkan hujung chopstik didalam minyak, jika berbuih bermakna minyak sudah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
- •Pastikan udang tidak terlebih masak apabila digoreng, cukup sekadar garing diluar tetapi didalam tidak terlalu masak.
- •Minyak gorengan udang boleh disimpan sebagai kegunaan masakan lain.
- •Bagi gorengan telur bersarang, wajib menggunakan minyak baru.
- •Pastikan tuang telur dengan tinggi dan jatuh bertali halus kedalam kuali sambil mengacau gorengan telur dengan putaran ataupun membulat pada satu arah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






