
Seri muka versi niaga
Rasa macam dah lama tak buat kuih tradisional, jadi kali ni Che Nom nak share resepi kuih seri muka. Mesti ramai yang suka makan kuih ni kan. Kalau ternampak jualan dekat luar selalu Che Nom beli cuma tulah susah sangat nak dapat yang sedap. Resepi kali ni sesuai sangat untuk dibuat berniaga, nak buat tempahan ke atau nak letak dekat vendor ke.
Sebab kuih tu lembut baik lapisan putih atau lapisan hijau tapi masih berbentuk cantik bila kita potong, tak mudah hancur. Kalau anda ikut semua tips dalam resepi ni memang akan dapat permukaan kuih yang lincin sekata, rasa pon insyallah sedap dengan rasa berlemak masin di bahagian lapisan pulut tu dan lapisan hijau pandan pon harum wangi berlemak manis. Makan sepotong memang tak cukup. Kalau buat minum petang ni uih nikmat dia tak terkata.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Lapisan Putih
- 1 1/2 cwn beras pulut
- 1 cwn santan
- 1 1/2 cwn air
- 1-2 sk garam
- 2 sb minyak masak
- 1 helai daun pandan
Bahan Lapisan Hijau
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sb tepung jagung
- 2 cwn jus pandan (dari 6-8 helai pandan)
- 1/2 sk biji jintan manis (kisar bersama pandan)
- 2 cwn santan pekat
- 2 biji telur
- 1 cwn gula
- 1/2 sk garam
- Pewarna hijau epal
- Pewarna kuning telur
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Rendam beras pulut semalaman atau nak cepat rendam 2-3 jam. Kemudian toskan air.
- 2Masukkan santan, air sejuk (kalau guna santan fresh boleh guna santan perahan kedua), garam, minyak (kalau pakai santan kotak) dan daun pandan. Kukus selama 30 minit.
- 3Gunting kasar daun pandan.
- 4Kisar halus daun pandan, jintan manis dan 2 cwn air. Kemudian tapis ambik jus pandan.
- Iklan
- 5Kacau sebati tepung gandum, gula pasir, garam, jus pandan dan telur.
- 6Masukkan tepung jagung, santan, pewarna hijau dan kuning.
- 7Tapis adunan dan masak atas api perlahan sampai berbiji-biji dan naik wap panas.
- 8Keluarkan pulut yang kita kukus tadi dan gembur-gemburkan.
- 9Gris loyang (saiz 9x9x3 inci) dengan minyak masak kemudian lapik dengan plastic tahan panas. Sapu lagi sekali minyak atas plastic supaya mudah kita keluarkan kuih nanti.
- 10Pindah masuk pulut dalam loyang kemudian ratakan dan tekan rapat. Lepas dah rata, carik-carik sikit dengan garfu.
- 11Tuang masuk adunan hijau atas pulut kemudian kukus selama 45 minit api sederhana.
- 12Selepas dah masak, kita kena kukus terbuka tanpa tudung selama 10 minit nak bagi permukaan kuih talam ni kering.
- •Cara yang betuk kita nak scoop tepung, kita kena gembur-gembur dulu sampai rasa tepung tu ringan lepas tu baru sukat. Biasanya kalau kita terus scoop nanti sukatan akan lari sebab lebih padat.
- •Che Nom kacau adunan hijau dengan whisk je, nak blender boleh tapi takut nanti texture atau permukaan kuih akan jadi gelembung-gelembung sebab telur jadi kembang.
- •Balut tudung pengukus dengan kain atau tutup loyang dengan aluminium foil nak elak wap air jatuh atas kuih.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Kenapa seri muka saya lembik?
UmumResepi ini tidak menyatakan secara khusus mengapa seri muka mungkin menjadi lembik, tetapi ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi teksturnya. Pastikan sukatan bahan-bahan, terutamanya cecair (santan dan air), adalah tepat.
Untuk lapisan bawah (pulut), pastikan beras pulut direndam dan dikukus sehingga cukup masak. Untuk lapisan atas (hijau), pastikan adunan dimasak di atas api sehingga naik wap sebelum dikukus. Proses mengukus yang mencukupi (45 minit) dan mengukus terbuka tanpa tudung selama 10 minit adalah penting untuk memastikan kuih seri muka tidak lembik.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





