
Resepi Apam Nasi Che Nom
Kali ini Che Nom nak berkongsi resepi kuih tradisional atau kuih muih Melayu lah orang kata, iaitu apam nasi yang sangat lembut, gebu. dan sedap pulak tu. Lebihan nasi sejuk kalau dah boring asyik buat nasi goreng aja boleh lah cuba buat apam nasi pulak.
Resepi asal dari sahabat Che Nom iaitu kak Roha Hassan, dan hasil dari resepi ni memang seakan-akan sama macam apam yang Che Nom selalu makan di kampung dulu..dengan tekstur lembut nya, dengan cukup manis dan hasil perapan dari yis tu memang cukup sedap baunya. Makan pula dengan kelapa parut aduhai terasa macam berasa di kampung.
Sukatan semuanya dalam sudu dan cawan dan nak bancuh pun guna blender aja.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Apam Nasi
- 1 cawan /160g nasi
- 1 ½ cawan /275ml air
- 1 cawan /200g gula
- 2 cawan /270g tepung beras
- Iklan
- 2 sudu besar /16g tepung gandum
- 1 sudu kecil /3g yis kering
- 1 paket ENO asli (pilihan)
- Pewarna
- ½-1 biji kelapa parut
- 1 helai daun pandan
Cara Menyediakan
Untuk Apam Nasi
- 1Masukkan nasi, air dan gula ke dalam blender dan kisar halus.
- 2Masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis kering kemudian kisar lagi sehingga sebati.
- 3Perap adunan 3-5 jam atau semalaman.
- 4Sapu acuan dengan minyak masak.
- Iklan
- 5Masukkan ENO (pilihan) ke dalam adunan apam yang telah diperap dan kacau sebati.
- 6Bahagikan adunan kepada beberapa bekas (bilangan bekas bergantung kepada berapa warna yang anda nak letak).
- 7Masukkan pewarna makanan dan kacau sekata. Che Nom letak warna merah, hijau, biru dan putih (tidak dimasukkan pewarna).
- 8Balut penutup pengukus dengan kain (tidak perlu balut bagi yang menggunakan pengukus elektrik, bagi yang menggunakan pengukus klasik diwajibkan balut).
- 9Tuang air dan panaskan kukusan anggaran 5 minit.
- 10Masukkan adunan dalam acuan.
- 11Kukus apam selama 20-25 minit.
- 12Gaul hirisan daun pandan dan garam bersama kelapa parut, kemudian kukus selama 5-10 minit atau sehingga naik bau daun pandan.
- 13Hidang apam dengan kelapa parut.
- •Untuk hilangkan pedas dalam blender, kisar 1 cawan air dan 1 sudu besar garam.
- •Tapis adunan apam dengan penapis jarang untuk tapis ketulan tepung.
- •Letak 1-2 titik sahaja pewarna kalau nak warna adunan pastel.
- •Jangan buka penutup semasa mengukus, ia akan menggangu proses dan hasil apam nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





