
Sandwich Tuna Cheese Leleh
Untuk kali ni, Che Nom nak share resepi sandwich tuna dengan menggunakan inti sandwich tuna.
Che Nom guna roti sandwich putih yang ada sedikit whole wheat, lapis dengan inti tuna. Che Nom lapis dengan cheese, dan bakar di atas kuali untuk dapatkan roti yang garing dan cheese yang melted.
Kalau buat sarapan atau makan petang pun menarik sangat.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Inti Tuna
- 2 tin tuna (150g setiap satu)
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 biji bawang merah besar
- 1 biji cili merah
- Sedikit daun parsli (pilihan)
- 1 biji tomato
- 2-3 sudu besar mayonis
- 1-2 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar extra virgin olive oil
- 1 batang timun jepun
- Sedikit garam
- Daun salad
Iklan
Bahan Untuk Lain-Lain
- Anggaran 12-14 kepingan roti
- Majerin atau mentega
- Cheese mozarella (jika suka)
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Inti Tuna
- 1Potong dadu bawang merah besar.
- 2Cili merah buang tangkai dan biji kemudian potong dadu. Boleh guna cili padi untuk lebih pedas tapi sebab tak nak pedas jadi Che Nom guna cili merah je.
- 3Timun potong dadu jugak. Che Nom guna timun jepun sebab tak mudah berair, kalau guna timun biasa potong buang bahagian biji atau bahagian tengah untuk kurang berair.
- 4Untuk tomato potong membulat.
- 5Cincang daun parsli (pilihan).
- 6Perah ambil jus lemon untuk dimasukkan dalam tuna (boleh ganti dengan limau nipis kalau suka).
- 7Untuk tuna tapis keluar air dan ambik inti tuna saja. Pindah inti tuna ke dalam mangkuk.
- 8Hancurkan inti tuna kemudian masukkan serbuk lada hitam, bawang merah, cili merah, sedikit daun parsli, tomato, mayonis dan jus lemon. Boleh adjust mayonis dan jus lemon mengikut selera.
- 9Gaul sebati kesemua bahan.
- 10Masukkan sedikit minyak zaitun extra virgin (pilihan), timun, sedikit garam dan gaul sebati.
- 11Bila dah siap boleh simpan inti tuna dalam peti sejuk.
Iklan
Untuk Susun Sandwich
- 1Sapu nipis roti dengan majerin atau mentega.
- 2Susun inti atas roti, hirisan tomato, cheese mozzarella (jika suka) dan tutup dengan roti.
- 3Panaskan pan grill dan gris dengan sedikit mentega
- 4Grill sandwich atas pan. Tutup pan untuk bagi cheese cair
- 5Boleh terbalikkan bila bahagian bawah dah garing.
- 6Potong roti kepada dua bahagian dan sedia untuk dihidang.
Iklan
Petua & Panduan
- •Untuk sandwich kurang berair Che Nom guna timun jepun, kalau guna timun biasa potong buang bahagian biji atau bahagian tengah untuk kurang berair
- •Untuk mengelak roti kering boleh simpan roti dalam bekas tertutup sementara prepare bahan lain.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





