
Apom Lenggang Gulung Kari Mackerel
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Che Nom nak masak hidangan yang mengimbau nostalgia lama, tapi kita masak lah ikut kesesuaian masa sekarang iaitu Apom Lenggang Gulung yang dihidangkan bersama Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans dari Ayam Brand. Kombinasi duo bernutrisi bagi tenaga harian.
Baked Beans ni makanan berasaskan fiber, ‘a go-to ingredients’ dan ‘value for money’ pula tu. Ayam Brand Mackerel pula padat dengan nutrisi Omega-3.
Apom lenggang ni versi yang nipis, lembut berongga dan rangup di tepi terutama kalau makan waktu panas, memang sesuai buat cicah kari. Kari Ikan Mackerel dan Baked Beans juga pilihan sangat bijak. Cukup dengan rasa pedas, manis dan pekat berempah. Anak-anak pasti suka. Menu sesuai bagi Smart Mama yang busy tapi tetap nak masak sedap untuk family supaya dapat lah merasa lah air tangan tu kan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Kari
- 1 tin kacang panggang Ayam Brand
- 1 tin ikan mackerel Ayam Brand
- 1 biji bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 tangkai daun kari
- 1 sk halba campur
- 1 1/2 sb rempah kari ikan
- 1 sb serbuk cili
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit santan kotak
- 1 biji tomato
- Garam secukup rasa
- 10 tangkai cili padi
Bahan Apom Lengang
- 1 1/2 cwn tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn santan kotak
- 1/4 cwn gula putih
- 1 1/2 sk yis kering
- 1/2 sk garam
- 1 biji telur
- 1 cwn air
Cara Menyediakan
Untuk Apom Lenggang
- 1Campurkan tepung beras, tepung gandum, yis kering dan garam.
- 2Bancuh 1/2 cwn santan kotak dengan 1/2 cwn air untuk jadikan 1 cwn.
- 3Masukkan dalam blender bancuhan santan, telur, adunan tepung, gula dan air.
- 4Kisar sebati kemudian tapis dan perap anggaran 1 jam atau sampai adunan kembang.
- 5Panaskan kuali dan sapu dengan minyak masak.
- 6Masukkan 1 1/2 senduk adunan apom dan lengang-lenggang / ratakan. Tutup kuali sekejap dan masak sampai bawah perang dan masak sebelah atas.
- 7Bila dah masak boleh angkat dan gulung.
Untuk Kari Mackerel
- 1Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia.
- 2Tomato belah 4.
- 3Bancuh serbuk kari ikan dengan serbuk cili dan sedikit air.
- 4Tapis kuah ikan mackerel dan bilas sikit dengan air.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan mackerel sampai garing.
- 6Bila dah garing boleh angkat ikan dan ketepikan.
- 7Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari.
- 8Masukkan herba campur , bancuhan rempah kari dan sedikit air, masak sampai pecah minyak.
- 9Tuang masuk kuah mackerel dan sambung masak.
- 10Tuang masuk air asam jawa, santan, tomato, garam, ikan mackerel goreng, baked beans dan air, reneh kuah sampai mendidih.
- 11Akhir sekali tabur cili padi dan tutup api.
- •Che Nom bilas ikan dengan air sikit untuk kurangkan percik-percik bila goreng.
- •Jangan letak garam direct dengan yis, takut nanti yis rosak dan apom tak kembang elok.
- •Nak elak tepung melekat dekat dasar blender, kita masukkan cecair dulu, Che Nom masukkan santan baru masuk tepung.
- •Untuk Apom Lenggang versi gulung, Che Nom guna kuali leper, kalau nak buat apom mengelembung, boleh guna kuali yang melengkung.
- •Sebelum masak apom, kocok-kocok dulu adunan barulah masak nanti berongga elok.
- •Untuk masak apom lenggang seeloknya guna kuali yang tebal dan tak melekat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






