
Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang yang sangat sedap dan agak mudah bagi Che Nom. Kuah kacang yang sedap haruslah mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya.
Bagi tekstur pula, kacang tanah dikisar kasar dan minyaknya pecah dan terapung elok di dalam kuah menandakan kuah dimasak dengan masa yang secukupnya dan bakal tahan lama jika disimpan.
Kuah kacang ini boleh dihidangkan bersama satay dan sedap dimakan bersama nasi himpit atau juga bersama kuah lontong. Di hari Lebaran, kuah kacang menjadi pelengkap kepada nasi impit dan lemang. Kalau di sebelah utara, adalah sesuatu kebiasaan kuah kacang dihidang bersama cucur udang. Anda harus cuba resepi ini.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 kg kacang tanah
- 15 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
- 2 keping gula melaka
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Hiris Nipis
- 14 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 batang serai
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
- 2Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
- 3Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
- 4Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
- 5Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
- •Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






