
Mee Hailam Kuah Pekat Banjir, Mudah dan Sedap
Resepi Mee Hailam. Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada yang sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan…
jom ikut cara Che Nom sediakanMee Hailam yg sangat sedap rasanya.
Ciri-ciri utama mee hailam ialah kuahnyamesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikitpekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Mee (Dicelur)
- air secukupnya
- 1 pek /450g mee kuning
Bahan Untuk Kuah Mee Hailam
- sedikit minyak, untuk menumis
- 2 ulas bawang putih. hiris nipis
- 1 biji bawang merah kecil, hiris nipis
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam, hiris kecil
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 batang karot
- sayur sawi, asingkan daun dan batang
- 2 keping fishcake, potong nipis
- 3 cawan air (anggaran)
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 4-5 ekor udang besar
- kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap
- 2 batang baby corn
- 2 ekor sotong
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 biji tomato, belah 6
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Hiasan
- daun sup
- bawang goreng
- cili merah
- limau nipis
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Rebus air sehingga mendidih. Celur mee kuning dalam anggaran 5 minit. Tapis dan toskan.
- 2Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
- 3Masukkan cili kisar, kacau sehingga cili masak.
- 4Masukkan hirisan isi ayam dan serbuk lada sulah, masak sehingga air ayam kering.
- Iklan
- 5Masukkan karot dan batang sawi. Kacau sehingga layu.
- 6Masukkan fishcake dan air. Masak sehingga mendidih.
- 7Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, udang dan kicap secukupnya. Agak-agak sehingga kuah menjadi pekat.
- 8Masukkan baby corn, sotong dan air bancuhan tepung jagung. Masukkan sikit demi sedikit supaya mendapat kepekatan yang sesuai.
- 9Masukkan hirisan tomato dan daun sawi. Masak sehingga kuah mendidih.
- 10Masukkan mee yang dicelur tadi dan boleh terus dihidang.
- 11Hias dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili merah dan limau nipis.
- •Serbuk lada sulah sangat penting untuk menghilangkan bau hanyir jika ada.
- •Sotong dimasukkan akhir supaya isinya tidak liat.
- •Kalau kurang masin, boleh tambah garam secukup rasa.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






