
Mee Goreng Daging Basah
Menu daging kali ini iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam resepi ini, Che Nom rebus dulu daging sampai lembut sebab guna bahagian keting yang banyak urat tapi sedap sangat dimakan kalau kita masak sampai lembut. Sedap tu boleh mengalahkan daging potongan mahal kalau kena cara masaknya.
Air rebusan daging pula, kita guna untuk buatkan mee sedikit berkuah nak jadikan mee goreng basah. Kalau guna daging bahagian batang pinang atau bahagian lain yang lembut, nak masak terus tanpa rebus pun boleh sebab poton tersebut mudah lembut bila dimasak.
Memang menarik dan sedap dimakan dengan tambahan telur, tomato, sayur sawi dan taugeh untuk texture krup krap bila dimakan. Bahan-bahan simple saja, gerenti mudah nak buat. Makan panas-panas mee goreng daging basah ni owhh memang serius terbaik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 300g daging
- 2 cawan air (untuk rebus daging)
- Minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- Iklan
- 2 biji bawang merah
- 3 sudu besar cili kisar
- Kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 telur
- 1-2 sudu kecil lada sulah
- 1 ikat sayur sawi
- 1 pek mi kuning
- 1 biji tomato
- Taugeh
- Daun bawang
- 2 tangkai cili merah
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Penyediaan bahan:
- 2Cincang halus bawang putih dan bawang merah.
- 3Potong sawi, tomato, cili merah dan daun bawang.
- 4Rebus daging selama 40 minit dengan 2 cawan air. Lepas dah masak lembut, angkat daging dan hiris nipis. Air rebusan daging simpan untuk kuah mee goreng nanti.
Untuk Masak Mee Goreng Basah
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang.
- 2Bila bawang dah naik bau, masukkan cili kisar, kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan air rebusan daging.
- 3Bila dah mendidih, boleh masukkan telur dan serbuk lada sulah. Jangan kacau telur, biarkan sampai telur separuh masak.
- 4Kemudian masukkan batang sawi dan potongan daging. Kacau sebati.
- 5Masukkan mee kuning (rendam dan basuh dulu), tomato, daun sawi dan taugeh.
- 6Tambah air rebusan untuk lebih berkuah dan adjust kicap dan lada sulah jika perlu.
- 7Hias dengan taburan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng.
- •Che Nom selalunya tekan hancur batang sawi, supaya batang mudah lembut dan rencah tumisan meresap kedalam batang sawi.
- •Che Nom tambah lada sulah untuk hilangkan bau hanyir telur.
- •Kalau nak masak daging tapi tak nak rebus, boleh ganti dengan daging bahagian potongan yang mahal (batang pinang atau sirloin).
- •Jangan goreng mee terlalu lama takut terlebih kembang atau kering nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





