
Bihun Sup Ala Restoran Thai Dan Sambal Kicap.
Kali ini, Che Nom nak sediakan menu ringkas, menu comfort food, iaitu Bihun sup ala Restoran Thai, dipadankan pula dengan sambal kicap yang pekat dan pedas. InsyaAllah sedap tambahan lagi kalau makan ramai2 dengan keluarga kt rumah. Biasanya bihun sup ni dihidang dgn cili flakes, tapi Che Nom suka kalau makan dgn sambal kicap. Kuah sup pula lebih kepada cara masakan sup sayur sebenarmya, tapi kita letak ayam dan seafood.
Tak ada letak rempah sup langsung, rasa pedas berempah tu cuma dari lada hitam, lada sulah, dan cili padi. Sup tu ada sedikit rasa masam dari jus limau nipis.Dan yang bestnya bihun sup style Restoran Thai ni, semua dah ada kita masak sekali dalam tu dah lengkap dengan sayur, dah ada protein dari ayam dan seafood. Senang kerja mak-mak kat dapur.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kuah Sup
- Sayur sawi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah kecil
- 1 ketul isi ayam
- 1-2 sudu kecil serbuk black pepper
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- batang lobak merah
- 5-6 putik jagung
- 3 tangkai cili padi
- 3 ekor sotong
- 1 sudu besar sos tiram
- 5-6 cawan air
- 1 kiub pati ayam
- 5 ekor udang
- Garam secukup rasa
- 4 biji telur
- Daun sup
- Jus limau nipis
Bahan Untuk Menghidang
- Cili merah
- paket bihun
- Daun sup
- Bawang goreng
Bahan Untuk Sambal Kicap
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang merah
- 6 tangkai cili padi
- 1 biji cili merah
- 1 sudu kecil belacan
- cawan kicap ABC
- cawan kicap manis Kipas Udang.
- Sedikit minyak
- Jus limau nipis
- Sedikit garam dan gula
Cara Menyediakan
Untuk Rebus Bihun
- 1Rendam bihun dalam air selama jam.
- 2Celur bihun dalam air panas sehingga bihun mudah putus bila ditekan.
- 3Angkat bihun dan bilas dengan air untuk hentikan proses masak kemudian toskan lebihan air.
- 4Cara-cara untuk sambal kicap
- 5Potong kasar bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah besar.
- 6Panaskan minyak dan goreng bahan potong kasar dan masukkan belacan.
- 7Bila dah layu angkat bahan goreng, tapiskan minyak dan sejukkan sekejap.
- 8Masukkan bahan goreng dalam blender, kicap ABC, kicap manis Kipas Udang, minyak gorengan, gula, garam, serbuk perasa (pilihan) dan jus limau nipis.
- 9Kisar semua bahan sehingga separuh hancur.
Untuk Kuah Sup
- 1Panaskan minyak masak. Tumis hirisan bawang merah dan putih.
- 2Masukkan isi ayam (potong kecil).
- 3Tabur serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
- 4Masukkan karot, batang sawi, sayur baby corn, cili padi, sotong dan kacau sehingga sotong kecut sikit/ separuh masak
- 5Masukkan lada sulah, sos tiram dan tuang air.
- 6Masukkan daun sawi, kiub pati ayam, udang dan masak sehingga mendidih.
- 7Tambah garam dan lada sulah.
- 8Pecahkan telur dan masukkan dalam sup.
- 9Tutup api, perahkan jus limau nipis dan tabur daun sup.
- 10Hidang bersama bihun, taburan daun sup, hirisan limau nipis, sambal kicap, bawang goreng dan hirisan cili merah.
- •Rendam sayur sawi dan daun sup sebelum potong supaya sayur segar balik.
- •Rendam bihun jam sebelum rebus supaya bihun lebih cepat lembut.
- •Rebus sup bersama tulang ayam supaya sup lebih sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour




