
Maggi Goreng Sambal Penyet
Seperti yang dijanjikan, selepas Che Nom berkongsi video cara untuk sediakan Sambal Penyet yg boleh disimpan sebagai stok di dapur, kita tengok pula cara untuk masak maggi goreng Sambal Penyet. Penyediannya sangat mudah dan cepat kerana kita dah masak sambal terlebih dahulu.
Sebungkus maggi kari, Che Nom goreng bersama dengan bahan tumisan dan sayur mengikut apa sahaja bahan yang ada kat dapur. Kemudian hidang pula dengan telur goreng makcik kantin yang masih gedik-gedik lagi telur kuning nya dan rangup di tepi.
Kombinasi yang sangat ringkas, tapi dari segi rasa cukup padu. ‘Another level’ lah boleh katakan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Maggi Sambal Penyet
- 2 ulas bawang putih
- Daun sawi
- 1/2 biji tomato
- 2 biji telur
- Iklan
- 1/2 biji bawang besar
- 1 sb sambal nyet
- 1/2 peket perencah maggi
- 1/2 sb sos cili
- 1/2 sb kicap manis
- 1 paket maggi
Cara Menyediakan
Untuk Maggi Sambal Penyet
- 1Cincang kasar bawang putih, (kalau ada bawang besar atau bawang merah kecil boleh campur sikit).
- 2Daun sawi basuh bersih kemudian asingkan batang dan daun. Potong kasar daun sawi. Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong (supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan).
- 3Potong kasar tomato.
- 4Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah masak angkat dan ketepikan.
- Iklan
- 5Tumis bawang besar sampai bawang layu kemudian masukkan bawang putih cincang. Kacau sampai bawang putih garing.
- 6Masukkan batang sawi dan tomato kemudian masak sampai sayur layu.
- 7Masukkan sambal penyet dan perencah maggi. Kacau sebati
- 8Masukkan daun sawi dan kacau.
- 9Tolak sikit bahan tumisan dan sayur ke tepi, tambah sedikit minyak dan pecah masuk telur.
- 10Kacau telur biar jadi scramble egg (tapi jangan hancur sangat). Tabur sedikit perencah maggi atas telur (pilihan).
- 11Masukkan sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
- 12Masukkan maggi kosong (yang telah dicelur). Kacau sampai bahan bergaul sebati.
- 13Boleh tambah sambal penyet dan kicap mengikut citarasa sendiri.
- 14Hidangkan maggi goreng bersama telur goreng dan sambal penyet.
- •Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong, supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan.
- •Selepas celur maggi, angkat dan bilas dengan air paip cepat-cepat sebab tak nak maggi kembang.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






