
Lontong dan Kuah Lodeh
Resepi Lontong dan Kuah Lodeh, yang selalu dihidangkan buat sarapan pagi atau juga hidangan di hari raya. Ada orang mengatakan Lontong dan Kuah Lodeh tidak patut dihidangkan di hari raya, tapi bagi Che Nom selera masing-masing yang mungkin juga berlainan tempat adalah tidak sama.
Walau apa pun, lontong ni adalah makanan kegemaran Che Nom kerana ada banyak bahan sayuran dalam kuahnya, yang juga dimasak bersama udang segar dan dipadankan pula dengan keenakan Sambal Sotong Kembang Berkacang yang pedas dan berlemak. Boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis.
Untuk hidangan tambahan Che Nom taburkan bersama tempe goreng rangup dan ikan bilis goreng kerana terpikat dengan cara ibu saudara yang berasal dari Acheh menghidangkan Lontong di majlis rumah terbuka nya. Cubalah…Pasti sedap!
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 inci lengkuas, dititik
- 2 batang serai, dititik
- 500 gram udang
- 1 kotak santan segera
- ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
- 1 batang karot, potong panjang
- 7-8 batang kacang panjang, potong
- 1/2 biji sengkuang
- 1 bungkus tempe, potong kiub
- 3 ketul tauhu, potong kiub
- 1 genggam suun
- 3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
- sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
Bahan Untuk Kisar Halus
- 1 biji bawang besar
- 2 inci kunyit hidup
- ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
Bahan Untuk Dihidang Bersama
- nasi impit, rebus
- telur, rebus
- tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
- ikan bilis kecil, goreng (optional)
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
- 2Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
- 3Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair atau gantikan dengan air biasa jika menggunakan santan kotak, dan masak hingga mendidih.
- 4Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
- Iklan
- 5Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
- 6Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
- 7Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
- 8Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
- •Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






