
Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor yang sudah lama Che Nom teringin sangat nak kongsi resepinya di laman ini. Tapi sebelum tu mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa laksa Johor menggunakan spaghetti berbanding laksa negeri lain yang lebih berunsur tradisi tempatan seperti menggunakan laksa dari tepung beras dan sebagainya. Barangkali ada sejarahnya yang tersendiri, dan ada sumber mengatakan penggunaan spaghetti adalah kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari barat. Tapi Che Nom pun tak pasti. Yang pastinya, laksa Johor memang sangat sedap dan salah satu hidangan kegemaran Che Nom.
Penyediaanya agak rumit dan bahan yang digunakan pula adalah gabungan dari perbagai unsur menarik seperti rempah kari, kerisik dan isi ikan kurau masin. Kuahnya pula dihidangkan pekat dan kebiasaannya orang Johor makan dengan menggunakan tangan sahaja. Memang betul betul sedap bila dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam ulaman segar.
Rujukan asal adalah dari resepi Chef Wan tapi Che Nom olah sedikit mengikut sukatan sendiri. Anda harus cuba resepi ini.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
- santan, dari 1 biji kelapa
- 2 sudu besar rempah kari daging
- minyak masak
- 1 batang serai, dititik
- 3 sudu besar kerisik
- 1 ikat daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan, belah 4
- 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
- 2-3 kepingan asam keping
- gula melaka
- garam
Bahan Untuk Stock Udang
- kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
Bahan Untuk Kisar Halus (A)
- 1.5 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
- 8-10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4 batang serai, hiris nipis
- 1 sudu besar belacan bakar
- 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut
Bahan Untuk Kisar Halus (B)
- isi udang, anggaran semangkuk kecil
- 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
- isi ikan rebus (dari bahan atas)
Bahan Untuk Spaghetti
- 1 paket spaghetti
- 1 sudu besar garam
- air secukupnya
- sedikit minyak
Bahan Untuk Hiasan/Ulaman
- timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
- taugeh, buang ekor
- daun kesum, hiris nipis
- kacang panjang, hiris dadu
- bawang besar, hiris nipis
- limau kasturi
- lobak masin,celur dan rincik halus
- bunga kantan, hiris nipis
- daun selasih, hiris nipis
Bahan Untuk Sambal Belacan
- 6-8 biji cili merah
- 10-15 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- belacan bakar, sebesar ibu jari
- air perahan jus limau kasturi
- garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan
Untuk Stok Udang
- 1Kisar semua bahan sehingga halus.
- 2Kemudian tapis airnya.
Untuk Spaghetti
- 1Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
- 2Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Untuk Kuah Laksa
- 1Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
- 2Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
- 3Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
- 4Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
- 5Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
- 6Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan
Untuk Sambal Belacan
- 1Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
- 2Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.
- •Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.
- •Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





