
Kuih Kasturi atau Kuih Kacang
Kita buat kuih tradisi pulak kali ni, yang dipanggil Kuih Kasturi. Ada nama lain juga untuk kuih ni iaitu Kuih Kacang Hijau dan Kuih Rengas. Nak buat kuih ni agak renyah atau remeh juga pada mulanya, tapi kita boleh simpan sebagai stok frozen, itu yg bagus.
Mula-mula kacang hijau kita rendam dan rebus sampai lembut dan hancur. Che Nom tambah rasa manis dengan 2 jenis gula iaitu gula melaka dan gula putih. Untuk melemakkan dan sedapkan rasa kuih, kita perlu tambah kelapa parut dan masak sampai jadi pekat, sebelum proses bentukkan doh kacang hijau.
Kemudian goreng dengan adunan tepung salut yang rangup hasilnya. Kalau buat minum petang pun syiok juga nih.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 500g kacang hijau
- 4 sb gula melaka
- 1 cawan gula putih
- 1 cawan kelapa parut
- Sedikit garam
- 1 cawan tepung gandum
Bahan Tepung Salutan
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sb majerin
- 1 biji telur
- 1-2 sk garam
- Sedikit pewarna kuning
- 1 sb bancuhan air kapur
Cara Menyediakan
Untuk Kuih Kacang
- 1Basuh kemudian rendam kacang hijau anggaran 3-4 jam.
- 2Rebus sehingga kacang lembut.
- 3Masukkan gula melaka dan gula putih kemudian sambung masak sampai mendidih.
- 4Masukkan garam dan kelapa parut. Sambung masak sampai pekat.
- 5Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai pekat, tutup api dan sejukkan.
- 6Bentukkan bulat dan tekan leperkan.
Untuk Tepung Salutan
- 1Bancuh tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, majerin, telur, garam, air kapur, air dan pewarna kuning (boleh ganti serbuk kunyit).
- 2Gaul sebati. Tambah air sampai dapat adunan sebati (tak cair dan tak pekat).
- 3Panaskan minyak dan celup kuih dalam adunan tepung salutan.
- 4Goreng kuih kacang sampai garing.
- •Kalau nak jimat masa, tak perlu rendan dan boleh rebus terus dalam pressure cooker anggaran 15 minit.
- •Kalau adunan kacang agak lembam, salut kuih kacang yang dibentuk dengan tepung gandum sebelum celup dalam adunan tepung salutan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





