
Karipap Kentang Special Ramadhan
Hi Semua, Assalamualaikum. Awal-awal puasa ni Che Nom harap kita masih dalam mood resepi kuih muih, sebab kalau bukak puasa wajib la nak kena ada kuih kan?
Che Nom nak share resepi kuih karipap, bukan karipap pusing tapi karipap biasa, tak payah pusing-pusing. Kalau nak dibandingkan karipap pusing dengan karipap tak pusing, Che Nom lebih suka makan karipap yang biasa. Macam ada sesetengah orang lebih suka karipap pusing. Itu selera masing-masinglah kan.
Resepi karipap pusing Che Nom dah pernah share bulan puasa tahun lepas. Sesiapa nak cuba boleh tengok video yang lepas ye. Hasil anggaran 35-40 biji karipap
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Kulit Karipap
- 500g /4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- 125ml /½ cawan minyak masak
- 28g /2 sudu besar majerin
- 250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
- 1 sudu kecil garam
Bahan Untuk Inti Keledek
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 kilo keledek oren
- 2 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 6-7 tangkai cili kering
- 45g /½ mangkuk ikan bilis
- ATAU 3 sudu besar udang kering
- ½ cawan minyak masak
- Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
- 2 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (jika suka)
- Anggaran 2 sudu besar gula
- Air secukupnya
- 2 sudu besar rempah kari ayam atau daging
- Daun sup
Cara Menyediakan
Untuk Kulit Karipap
- 1Panaskan minyak bersama majerin sehingga cair lalu masukkan kedalam tepung.
- 2Gaul kesemua bahan sehingga menjadi serbuk kasar seperti serbuk roti.
- 3Larutkan garam kedalam air sejuk lalu tuang sedikit demi sedikit kedalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 4Selepas doh sudah lembut, rehatkan doh dalam peti sejuk selama anggaran masa 1 jam dan tutup bekas isi doh dengan plastik.
Untuk Inti Karipap
- 1Kisar halus bawang besar.
- 2Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
- 3Panaskan minyak dan tumis bawang kisar halus sehingga kekuningan.
- 4Masukkan daun kari lalu tuang bancuhan rempah dan masak sehingga rempah pecah minyak.
- 5Selepas rempah sudah masak, masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam.
- 6Tumis daging sehingga agak masak lalu masukkan potongan dadu kentang dan gaul kesemuanya.
- 7Tuang air dan kiub ayam kedalam bahan. Teruskan masak sehingga kentang lembut dan kacau bahan.
- 8Tambah potongan dadu bawang besar, gula dan garam secukup rasa.
- 9Kemudian, masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi kering.
Untuk Bentuk Karipap Kentang
- 1Kemudian, karipap kentang siap untuk dihidang dan makan.
- 2Bahagi doh kepada saiz yang kecil dan timbang pada 25g/20g (pilihan).
- 3Bulatkan doh lalu leperkan sehingga agak nipis.
- 4Letak inti ditengah bulatan doh yang dileperkan dan lipat dua.
- 5Tekan bahagian tepi dan kelim doh karipap dengan agak kemas.
- 6Panaskan minyak dan goreng sehingga perang sekata. Kerap balikkan karipap ketika menggoreng lalu angkat dan toskan minyak selepas karipap kelihatan sudah masak.
- •Bahan untuk rangupkan kulit karipap adalah minyak. Jadi selain minyak masak, boleh saja gunakan minyak jagung ataupun minyak canalo.
- •Selain daripada minyak, pengurangan air kedalam doh juga boleh rangupkan kulit karipap.
- •Doh tidak perlu diuli lama dan rehatkan sebentar.
- •Jika tidak makan daging, boleh sahaja gantikan dengan ayam ataupun cendawan.
- •Ketika ingin bentukkan doh, tutup doh-doh yang lain dahulu dengan kain bagi menggelakkan doh menjadi kering.
- •Bagi menggelakkan kelim karipap tidak mudah terbuka, sapukan bahagian tepi doh karipap dengan sedikit air terutamanya jika menggunakan acuan karipap.
- •Penuhkan isi inti kentang dan keluarkan semua udara semasa kelim kentang.
- •Jika mahu sejuk bekukan (frozen) karipap, sejukkan karipada dalam peti sejuk beku seketika sehingga agak keras dan simpan dalam bekas kedap udara ataupun didalam plastik. Kemudian, simpan semula karipap kedalam peti sejuk beku.
- •Goreng karipap menggunakan minyak yang banyak dan api yang sederhana untuk dapatkan karipap yang lebih rangup serta masak perang sekata.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





