
Kari Sotong Sedap
Resepi Kari Sotong yang selalu disediakan oleh bonda Che Nom masa dulu-dulu, sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih sahaja tanpa lauk lain. Dalam resepi ni, Che Nom tambah serbuk cili supaya kuah kari tidak terasa muak, sebab memang kari sotong sangat sedap jika kuahnya pedas.
Sangat penting dalam masakan kari cara melayu ialah bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Tapi jangan sampai hangus pula sebab nanti kari akan terasa pahit.
Untuk bahan tumbuk pula, jika tak ada lesung batu boleh aja dihiris nipis bahan-bahan tersebut. Jika perlu bantuan anda boleh ajuka soalan di ruangan komen, Che Nom akan cuba jawab ye.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 8-10 ekor sotong, anggaran
- 1 senduk minyak masak
- 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 6 batang sayur bendi
- 1 biji tomato, belah 4
- 3 sudu besar pati asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Tumbuk Halus
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Bahan untuk rempah tumis
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 tangkai daun kari
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
- 2Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
- 3Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
- 4Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






