
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
Anda pernah makan siput Belitung. Kalau pernah makan, tahu kah macam mana cara untuk bersihkan siput ni. Kalau tidak pernah cuba, Che Nom sarankan anda cuba makan. Rasanya memang sedap tambah-tambah lagi kalau kita buat masak lemak cili api. Pedas dan lemak rasanya.
Siput ni bila sudah dimasak biasanya kita panggil siput sedut. Bila dijual biasanya peniaga akan panggil siput belitung. Dalam resepi ni Che Nom nak tunjuk macam mana cara nak bersihkan. Sebenarnya ada macam-macam cara, dan ini cuma salah satu caranya. Boleh lah kalau nak cuba buat rujukan, InsyaAllah bersih hasilnya.
Bila kita buat masak lemak cili api, dengan bahan-bahan kisar beserta santan yang fresh tu memang sedap sangat.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Siput Seduk Masak Lemak Cili Api
- 700g siput belitung
- 4 cawan santan sederhana cair
- ATAU 2 kotak kecil santan + air
- 3 biji bawang merah kecil
- Iklan
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 ketul kunyit hidup
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- 8-10 tangkai cili padi
- 1 helai daun kunyit
- 1 asam keping
- Garam secukup rasa
- Serbuk seasoning, jika suka
Cara Menyediakan
Untuk Bersihkan Siput Sedut
- 1Rendam siput sampai tenggelam dan gesel-gesel kulit biar tertanggal lumpur.
- 2Tapis dan bilas dengan air. Ulang proses 2-3 kali sampai air jernih. Nak berus satu – satu pon boleh tapi Che Nom tak berapa rajin.
- 3Rendam siput dengan air garam dan tutup selama 30 minit (tujuan untuk siput muntahkan pasir dalam siput tu). Che Nom ada baca petua gaul siput dengan kelapa parut semalaman tapi renyah jadi Che Nom guna cara yang mudah kalau nak cuba masak.
- 4Bilas dengan air sekali lagi.
- 5Potong buang hujung ekor cengkerang anggaran 3 ruas siput supaya ada ruang udara untuk kita sedut masa makan nanti. Che Nom guna gunting pokok kalau nak guna pisau potong daging pon boleh.
- 6Celur siput dengan air panas anggaran 30 saat dan kacau-kacau.
- 7Toskan air dan ketepikan dulu.
Untuk Masak Lemak Cili Api
- 1Potong kasar cili padi, bawang merah kecil, bawang putih, halia (pilihan), kunyit hidup (kalau tak ada boleh ganti dengan kunyit sebuk).
- 2Masukkan bahan potong kasar dan air separuh tenggelam. Kemudian kisar halus.
- 3Serai, trim hujung akar dan batang, buang lapisan yang keras kemudian titik atau tumbuk serai.
- 4Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak sampai naik wap panas (tapi belum mendidih).
- 5Masukkan santan dan garam. Kacau sebati.
- 6Untuk masakkan lebih berlemak, boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung).
- 7Masukkan asam keping, serai dan koyak masuk daun kunyit. Kerap kacau sampai mendidih.
- 8Masukkan siput sedut dan kacau anggaran 5 minit atau sampai mendidih (naik gelegak sekali ja), tak perlu masak lama sebab siput dah celur tadi.
- 9Tambah santan, serbuk seasoning dan garam mengikut selera masing-masing.
- 10Bila dah mendidih sekali boleh tutup api dan hidang.
- 11Selepas masak biarkan siput terendam anggaran 1/2 jam barulah makan barulah kuah bergaul sebati dengan siput.
- •Untuk siput muntahkan pasir dalam siput tu rendam dengan air garam dan tutup selama 30 minit. Che Nom ada baca petua gaul siput dengan kelapa parut semalaman tapi renyah jadi Che Nom guna cara yang mudah kalau nak cuba masak.
- •Petua untuk elak santan pecah minyak, boleh letak garam masa awal-awal masak.
- •Boleh kaut masuk kepala santan (bahagian santan yang pekat dan terapung) untuk masakkan lebih berlemak.
- •Bila santan dah mula mendidih, kerap kacau untuk elak santan pecah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






