
Kari Kambing Sedap
Resepi kari kambing yang sedap, dan sangat sesuai jika dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak. Selain itu sedap juga jika dimakan bersama roti jala.
Apa yang menarik tentang kari ini rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokan harinya.
Saya gunakan pressure cooker untuk merebus daging kerana jimat masa untuk masak daging hingga empuk. Jika anda tak ada pressure cooker, jangan risau rebus saja macam biasa sehingga lembut.i
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
- 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
- 2 biji tomato, potong 4
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 2 sudu besar kerisik
- 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
- Sedikit gula melaka
- Garam secukup rasa
- 1 senduk minyak, untuk menumis
Bahan Untuk Dibancuh Dengan Air
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk kurma daging
- 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
Bahan Untuk Dikisar
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
Bahan Untuk Rempah Tumis
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 batang cengkih
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
- 2Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
- 3Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
- 4Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
- Iklan
- 5Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
- 6Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
- 7Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
- 8Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






