
Kari Ikan Siakap
Resepi Kari Ikan Siakap ini sebenarnya hidangan kegemaran keluarga Che Nom di kampung. Kalau ada ikan siakap yang segar dari pasar selain dari dimasak ikan bakar, mak Che Nom akan masak kari (atau gulai kata orang utara) bersama dengan tomato atau bendi.
Rahsia untuk mendapatkan kari ikan yang sedap ialah serbuk kari harus betul-betul masak sampai pecah minyak. Barulah kuah yang terhasil nanti sedap dan juga tidak mudah basi.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- minyak untuk menumis
- 1 ekor ikan siakap
- 1 pek serbuk kari ikan, atau dalam anggaran 2 1/2 sudu besar
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- sedikit air asam jawa
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mankuk santan pekat
- 3 biji tomato
- bendi
Bahan Hiris Nipis Atau Tumbuk Halus
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
Bahan Rempah Tumis
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong ikan siakap kepada blok kecil. Basuh dan toskan.
- 2Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.
- 3Panaskan minyak. Masukkan bahan hiris nipis, bahan rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- 4Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadis sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tidak hangus.
- 5Masukkan ikan dan santan cair. Tutup periuk dan biarkan ikan masak seketika.
- 6Masukkan pula santan pekat bersama tomato atau bendi.
- 7Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- •Anda boleh juga gunakan santan kotak. Tapi haruslah pandai mengagak banyak mana air yang hendak dimasukkan supaya dapat kepekatan kuah kari seperti yang anda suka.
- •Gunakan periuk yang tebal permukaannya supaya rempah kari tidak cepat hangus semasa proses menumis.
- •Semasa proses memasak kari ikan, hati hati semasa mengacau kuah supaya ikan tidak hancur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






