
Ikan Kembung Rebus Air Asam
Ikan Kembung Rebus Air Asam, menu yang mudah dan sangat menyelerakan, juga sangat cepat disediakan. Kalau ada ikan kembung yang segar memang sesuai dimasak sebegini.
Kalau di kampung dahulu, menu sebegini selalu menjadi pilihan untuk dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang boleh bertambah-tambah nasi tanpa anda sedari :)
Menu ini juga sangat sihat kerana ikan nya cuma direbus dan bebas minyak.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 3-4 ekor ikan kembung
- 1 keping asam gelugur/asam keping
- 1-2 biji tomato, potong dadu
- 1 biji bawang besar, potong dadu
- Iklan
- 1 inci belacan, bakar sehingga wangi
- 5-6 biji cili padi, hiris kecil
- 2-3 biji limau kasturi
- 1 mangkuk kecil pati air asam jawa
- sedikit sos ikan
- garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Dalam periuk atau kuali, tuang air anggaran tenggelam sedikit ikan dan rebus bersama asam gelugur dan sedikit garam selama 5-10 minit di atas api yang perlahan. Setelah masak, angkat ikan ke dalam bekas berasingan.
- 2Tuang air ikan di dalam bekas dan masukkan pati asam jawa, belacan bakar, bawang, tomato, perahan air limau kasturi, dan sedikit sos ikan.
- 3Ramas dengan tangan supaya bahan bergaul sebati dan pekat. Masukkan pula cili padi dan kacau dengan sudu.
- 4Tuang kuah air asam ke atas ikan. Hiaskan dengan potongan limau dan hirisan daun bawang jika suka.
- •Cili ditambah kemudian dan dikacau dengan sudu supaya panas cili tak melekat ditangan
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






