
Ikan Kembung Masak Asam Rebus
Resepi Ikan Kembung Masak Asam Rebus, menu sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak, dan juga cepat disediakan. Masakan asam rebus ni kuahnya cair sahaja sebab kita nak ia lebih berkuah dan boleh dihirup seperti sup.
Kalau rasa tak sedap badan sesuai masak menu asam rebus ni sebab ianya masam dan pedas secukup rasa.Untuk kepedasan pula, boleh adjust banyak mana cili yang anda suka. Kadang-kadang kalau takda cili hidup Che Nom masukkan sahaja cili kisar sebagai ganti, tetap sedap rasanya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 4-5 ekor ikan kembung
- 1/2 biji betik muda
- 1 batang serai, dititik
- 4-5 tangkai daun kesum
- 2 keping asam keping/gelugor
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Kisar Halus
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit
- cili merah atau cili padi
- sedikit belacan, jika suka
- sedikit air
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Kisar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus bersama sedikit air. Tuang ke dalam periuk.
- 2Masak sehingga mendidih. Boleh tambah lagi air kalau nak lebih berkuah.
- 3Masukkan betik muda, serai, daun kesum dan asam keping.
- 4Masukkan pula ikan kembung. Rebus sehingga ikan masak. Ikan Kembung tak perlukan masa yang lama sangat untuk dimasak.
- 5Perasakan dengan garam secukup rasa.
- •Betik muda boleh digantikan dengan nenas.
- •Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit, tapi kalau guna kunyit hidup lagi sedap lah.
- •Kalau tak ada cili hidup, boleh juga kalau nak masukkan sedikit cili kisar atau cili boh sebagai ganti.
- •Anda boleh masukkan serbuk perasa jika suka.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






